KLCI terus lemah seiring pasaran serantau | DagangNews Skip to main content

KLCI terus lemah seiring pasaran serantau

KLCI

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 22 Mac. - Pasaran tempatan memulakan dagangan minggu ini dengan prestasi berubah-ubah dalam tempoh yang pantas.

 

Ketika awal pembukaan dagangan, indeks FBM KLCI dilihat berada pada paras baik apabila meningkat 0.92 mata kepada 1,627.11 mata berbanding penutupan minggu lalu.

 

Bagaimanapun, keadaan tersebut berubah pantas setelah lima minit diniagakan apabila mencatatkan penyusutan 1.21 mata.

 

Pada pukul 9.19 pagi, indeks berkenaan berada pada paras 1,624.98 mata.

 

Kedudukan yang lemah itu bagaimanapun dilihat seiring dengan pasaran saham serantau.

 

Menurut Bloomberg, kebanyakan saham Asia minggu ini dibuka lebih rendah didorong keresahan pelabur terhadap hasil bon dan inflasi ketika aktiviti ekonomi meningkat.

 

Niaga hadapa ekuiti AS turut berubah-ubah, sementara indeks Asia Pasifik MSCI Inc. merosot seiring kemerosotan saham di Jepun dan Korea Selatan.

 

Lira Turki menyaksikan kejatuhan sebanyak 15% pada awal dagangan Asia.

 

Kejatuhan tersebut berlaku susulan tindakan Presiden Recep Tayyip Erdogan bertindak menyingkirkan gabenor bank pusat berikutan kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi daripada jangkaan.

 

Sementara itu, Rakuten Trade Research memberitahu, ekuiti AS dilihat terjejas susulan keputusan Feds yang tidak melanjutkan rehat modal bagi bank yang berakhir pada penghujung Mac.

 

Susulan itu, DJI Average kehilangan 234 mata untuk ditutup pada 32,600.

 

"Seiring dengan corak campuran perdagangan di Wall Street, kami yakin pasaran serantau juga akan kekal bercampur-campur hari ini.

 

"Kami berpendapat KLCI akan menyaksikan beberapa tekanan jualan susulan penutupan kukuh pada Jumaat lalu ketika pemburuan tawar-menawar muncul untuk KLCI berlegar sekitar 1,615.

 

"Oleh itu, kami yakin indeks KLCI akan kembali pada tahap 1,620 hari ini dengan sokongan julat sekitar 1,610/15," jelas Rakuten Trade Research. - DagangNews.com