Konsortium disenarai pendek projek HSR mungkin diumum sebelum September 2024 - RHB Investment | DagangNews Skip to main content

Konsortium disenarai pendek projek HSR mungkin diumum sebelum September 2024 - RHB Investment

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 14 Jun - Konsortium yang disenarai pendek untuk peringkat kertas cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dijangka dibuat sebelum akhir suku ketiga 2024 (3Q 2024), kata RHB Investment Bank.

 

"Ia tertakluk pada kelulusan pihak kerajaan selepas penilaian oleh MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp),” kata firma penyelidikan itu dalam nota penyelidikan hari ini.

 

Sebelm ini, tujuh konsortium dilaporkan telah menyerahkan cadangan konsep bagi projek mega itu kepada MyHSR Corp awal tahun ini.

 

 

 

Tujuh konsortium tempatan an anatarabangsa itu terdiri daripada 31 firma yang mewakili spektrum penuh projek berkenaan.

 

Penyerahan cadangan konsep untuk projek HSR KL-Singapura itu adalah sebagai maklum balas kepada Permintaan Maklumat (RFI) yang dilancarkan oleh MyHSR Corp pada Julai 2023 dengan tarikh akhir bagi penyerahan RFI adalah pada 15 Januari lalu.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar untuk dilaksanakan - Maybank IB

 

Sementara itu, kata RHB Investment, faktor pemangkin utama sektor pembinaan ialah pelancaran projek-projek mega lain yang lebih cepat daripada jangkaan, misalnya Transit Aliran Massa 3 (MRT3). 

 

"Pada pandangan kami, projek MRT3 ini mungkin mengangkat tirainya pada lewat 1H25 memandangkan MRT Corp dijangka memuktamadkan tanah yang bakal diambil alih pada lewat 1H24," jelasnya.

 

Menurut firma penyelidikan itu, kontrak bagi projek swasta dan kerajaan secara amnya giat dilancarkan setakat ini setelah projek-projek pembinaan bernilai RM69.9 bilion dianugerahkan dalam lima bulan pertama tahun 2024 (5M24).

 

Kata beliau, jumlahnya ialah 37% YoY lebih tinggi berbanding RM50.9 bilionn yang diraih dalam 5M23.

 

"Kami memandang baik akan projek sektor swasta yang banyak dilaksanakan, dan mungkin akan terus berkembang (lebih-lebih lagi dalam bidang perindustrian, seperti pusat data dan kilang)," jelasnya.

 

Kata RHB Investment, syarikat Pilihan Utama ialah Gamuda, Sunway Construction dan Kerjaya Prospek kerana penjanaan perolehan mereka jelas kelihatan sepanjang dua tahun akan datang. 

 

"Gamuda mempunyai jejak kehadiran yang besar di luar negara sambil masih lagi aktif dalam pasaran tempatan. 

 

"Kerjaya Prospek dan Sunway Construction bukan sahaja mempunyai perancangan projek yang mantap daripada urus niaga pihak berkaitan dengan syarikat induk mereka, tetapi mereka turut terlibat dalam kerja-kerja perindustrian," ujarnya yang memberikan saranan Overweight kepada sektor pembinaan. - DagangNews.com