Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Anthony Loke | DagangNews Skip to main content

Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Anthony Loke

PUTRAJAYA 3 Mei - Kontrak MyEG Services Bhd (MyEG) dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun bagi perkhidmatan berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakannya.

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, biarpun kontrak itu dilanjutkan namun ia tidak lagi eksklusif seperti sebelum ini.

 

Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.

 

"Mereka telah diberikan lanjutan tiga tahun. Kita telah beri mereka lanjutan tiga tahun. Kami sudah jelaskan ia tidak eksklusif.

 

"Bermakna mereka hanya salah satu penyedia, jika ada penyedia e-kerajaan lain yang ingin memohon dengan kerajaan kita boleh pertimbangkan," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai konsesi MyEG yang akan tamat tempoh bulan ini, lapor Astro Awani.

 

Pada Mei 2020, MyEG telah memperoleh lanjutan tiga tahun kontrak untuk perkhidmatan e-kerajaan yang disediakannya. - DagangNews.com