Konvensyen BN bakal saksikan solidariti, kesepakatan parti - PM | DagangNews Skip to main content

Konvensyen BN bakal saksikan solidariti, kesepakatan parti - PM

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Jun - Konvensyen Barisan Nasional (BN) bakal menjadi saksi solidariti dan kukuhnya kesepakatan sebuah gabungan parti yang terbukti memperjuang kesejahteraan Keluarga Malaysia serta iltizamnya membangunkan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Konvensyen sehari bersempena ulang tahun ke-48 BN akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

 

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada BN dan merakamkan penghargaan terhadap sokongan akar umbi serta pucuk pimpinan gabungan parti itu.

 

"Lautan biru kibaran panji-panji BN akan mengiringi para pemimpinnya berkumpul di Konvensyen BN bersempena Sambutan Ulang Tahun BN ke-48 di Dewan Merdeka, WTC, Kuala Lumpur.

 

“Saya juga ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun BN ke-48 dan merakamkan penghargaan terhadap sokongan akar umbi serta pucuk kepimpinan BN," katanya. - DagangNews.com