Kopi Wonda sasar cipta rekod dunia Guinness menerusi video timbang bola terpanjang | DagangNews Skip to main content

Kopi Wonda sasar cipta rekod dunia Guinness menerusi video timbang bola terpanjang

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Dis - Bersempena Piala Dunia FIFA 2022, Kopi Wonda menyeru semua peminat bola sepak untuk mengambil bahagian dalam kempen #WONDABolaCorner untuk mencipta video timbang bola sepak terpanjang iaitu “The Largest Online Video Chain of People Performing Football Kick-up” untuk rekod dunia Guinness. 

 

Walaupun Malaysia bukan sebahagian daripada barisan pemain Piala Dunia, negara ini mempunyai beberapa pemain bola sepak terbaik yang harus dipuji seperti Mohd Faiz Subri yang memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016. 

 

Peserta yang berminat perlu merakamkan video menimbang bola dengan sekurang-kurangnya dua sepakan tanpa menjatuhkannya, dan menghantar video mereka ke laman Facebook dan Instagram Kopi Wonda.

 

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, melalui inisiatif ini, Kopi Wonda juga berharap dapat memberi penghormatan kepada bakat-bakat tempatan bola sepak bertaraf dunia. 

 

Beliau berkata, untuk memulakan gerakan ini dan memberi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk turut serta memecahkan rekod adalah beberapa pemain bola sepak terkenal Malaysia seperti Faiz Subri, Safiq Rahim, Steffi Sidhu dan banyak lagi.

 

"Selain menyatukan rakyat Malaysia dalam satu video, aktiviti ini juga mempamerkan pelbagai bakat negara di samping menggalakkan mereka untuk melakukan lebih banyak lagi dengan kemahiran bola sepak mereka. 

 

"Dengan sambutan seluruh negara ini, anda mungkin melihat kelibat diri anda di papan iklan atau media sosial kami, jadi jangan lepaskan peluang ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

wonda

 

 

Dalam pada itu katanya, setiap musim bola sepak, restoran mamak dipenuhi dengan peminat dari semua peringkat umur, jantina dan kaum yang menyokong pasukan mereka dan kadang kala juga berubah menjadi pengulas bola sepak. 

 

Katanya, Kopi Wonda dengan kerjasama 20 restoran mamak di seluruh negara untuk menstrim perlawanan bola sepak terpilih sepanjang musim Piala Dunia, sambil menyemarakkan semangat pelanggan dengan tin kopi nombor satu, Wonda Kopi Tarik.

 

"Kami telah menempatkan promoter Kopi Wonda di 20 restoran mamak untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan minuman sejuk Kopi Wonda," katanya. - DagangNews.com