Korban Covid-19 dunia melebihi 512,000, AS catat angka tertinggi | DagangNews Skip to main content

Korban Covid-19 dunia melebihi 512,000, AS catat angka tertinggi

covid-19

KUALA LUMPUR 2 Julai - Jumlah komulatif korban akibat virus Covid-19 di seluruh dunia terus mencatatkan peningkatan sebanyak 512,331 kes dalam tempoh 24 jam.

Statistik yang dikeluarkan Universiti Johns Hopkins menyatakan, Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara tertinggi merekodkan kematian dengan jumlah 127,000 kes.

“Brazil dan United Kingdom (UK) berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 59,000 dan 43,000 angka korban.

“Manakala Itali mencatatkan kes korban melebihi 34,000. Perancis 29,000, Sepanyol 28,000 dan Mexico mencatatkan 27,000 angka korban,” jelas statistik itu.

Dalam pada itu, statistik tersebut turut merekodkan peningkatan jumlah kes positif dengan jumlah jangkitan terbaharu mencecah 10,644,064 kes setakat pagi tadi. 

AS kekal menjadi negara teratas dengan jumlah komulatif positif sebanyak 2.7 juta. 

“Brazil di tangga kedua dengan jumlah jangkitan 1.4 juta kes diikuti Rusia yang  melebihi 653,000 kes.

“India dan United Kingdom pula masing-masing menjadi negara keempat dan kelima dengan jumlah kes sebanyak 585,000 dan 314,000 kes,” tambah statistik itu.

Sementara itu Peru, Sepanyol, Itali, Chile dan Iran menjadi antara lima negara yang merekodkan angka positif melebihi 200,000 kes. - DagangNews.com