KPJ Pasir Gudang manfaatkan platform mesej NetSfere perkukuh keselamatan data | DagangNews Skip to main content

KPJ Pasir Gudang manfaatkan platform mesej NetSfere perkukuh keselamatan data

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 27 Mac - Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang (KPJ PGSH) memanfaatkan kepakaran NetSfere dalam menyediakan platform pemesejan perusahaan selamat untuk memperkasa kakitangan penjagaan kesihatan dengan komunikasi yang selamat dan intuitif.

 

Sebagai inisiatif untuk menangani ancaman keselamatan siber serta memastikan data pesakit dan hospital selamat dan peribadi, pengurusan KPJ PGSH melengkapkan kakitangannya dengan NetSfere. 

 

Dengan pelaksanaan bertaraf dunianya, NetSfere membenarkan penjaga pesakit berbincang, berkongsi dan bekerjasama dengan lancar dalam persekitaran yang selamat, sepenuhnya dikawal oleh polisi ditetapkan oleh pengurusan hospital. 

 

NetSfere Enterprise membolehkan pasukan IT menyediakan polisi pemesejan bagi memastikan maklumat kekal terlindung dan di bawah kawalan organisasi.

 

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ PGSH, Khairul Hasanain Abdul Hamid berkata, pihaknya bersikap proaktif dengan menyediakan barisan pertahanan terbaik dengan NetSfere memandangkan ancaman keselamatan siber terhadap sistem penjagaan kesihatan kian meningkat.

 

"Platform NetSfere yang disulitkan secara menyeluruh membantu kakitangan penjagaan kesihatan kami dilindungi daripada organisasi pihak ketiga yang cuba mengakses data pesakit atau hospital," ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Asia Pasifik dan Timur Tengah bagi NetSfere, Chee Leng Loy menekankan keperluan sistem penjagaan kesihatan untuk menyediakan platform agar penjaga boleh membincangkan maklumat dengan pantas dan mengelakkan kemungkinan pelanggaran data.

 

"NetSfere menyediakan sistem penjagaan kesihatan dengan cara yang mudah dan lancar untuk berkongsi idea, fail dan data tanpa menjejas produktiviti, keselamatan atau pematuhan,” tambahnya.

 

KPJ PGSH merupakan hospital ke-23 di bawah teraju kumpulan KPJ Healthcare Berhad dan ditubuhkan untuk memenuhi keperluan perubatan terutamanya di Pasir Gudang dan kawasan kejiranannya di Johor.  - DagangNews.com