KPower cadang tukar namanya kepada Reneuco Berhad | DagangNews Skip to main content

KPower cadang tukar namanya kepada Reneuco Berhad

Mustakim Mat Nun

KUALA LUMPUR 21 April – KPower Berhad hari ini mengumumkan hasrat untuk menukar namanya kepada Reneuco Berhad.

 

Menurut kenyataan syarikat hari ini, cadangan pertukaran nama itu adalah selaras dengan usaha penjenamaan semula, penstrukturan dan permodalan semula Kumpulan KPower dalam melaksanakan transformasi dan pertumbuhan.

 

Reneuco yang berasal daripada gabungan "Re" yang mewakili tenaga dan sumber hijau, "Neu" yang dalam bahasa Jerman bermaksud "baru" yang menandakan permulaan baharu bagi syarikat dalam misinya untuk masa depan yang mampan.

 

Perkataan "Co" pula mewakili kerjasama adalah usaha Kumpulan untuk terus menekankan kelahiran semula dan pembaharuannya, tumpuannya yang lebih tinggi dalam segmen boleh diperbaharui, mampan dan hijau serta peralihan kepimpinan dan kesinambungan daripada pengurusan terdahulu.

 

Nama yang dicadangkan, Reneuco Berhad, telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM) pada 18 April 2022 untuk tempoh 180 hari. Untuk merasmikan Cadangan Pertukaran Nama, Kumpulan memerlukan kelulusan pemegang saham KPower dan penerbitan notis pendaftaran oleh CCM.

 

Pengerusi Eksekutifnya, Mustakim Mat Nun berkata, nama baharu Reneuco itu, adalah gambaran yang lebih baik dan jelas tentang transformasi keseluruhan, pertumbuhan dan aspirasi syarikat sambil pada masa yang sama menyediakan barisan yang lebih bebas ketika syarikat terus berkembang dan membina perniagaan dalam segmen boleh diperbaharui, mampan dan hijau.

 

''Ini adalah evolusi yang perlu bagi Kumpulan yang telah menyaksikan transformasi 180 darjah dan sejak itu telah berkembang menjadi salah satu pemain tenaga boleh diperbaharui yang utama dan terkenal di Malaysia,” kata beliau di sini.

 

Cadangan Pertukaran Nama tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham yang diterbitkan dan berbayar, aset bersih, pendapatan sesaham, gearing dan pegangan saham pemegang saham yang besar dalam Kumpulan. - DagangNews.com