Kronologi Asia raih pendapatan RM57.75 juta pada 1QFY25, susut 8.4% | DagangNews Skip to main content

Kronologi Asia raih pendapatan RM57.75 juta pada 1QFY25, susut 8.4%

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 24 Jun - Kronologi Asia Berhad mencatatkan pendapatan sebanyak RM57.75 juta pada suku pertama tahun kewangan 2025 (1QFY25), susut 8.4% berbanding setahun sebelumnya.

 

Menurut penyedia teknologi dan penyelesaian data  serta awan itu, pendapatan Kumpulan kebanyakannya disumbangkan hasil operasi di Singapura, China, dan Filipina dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM48.946 juta.

 

"Pendapatan yang disumbang oleh segmen Teknologi Infrastruktur Pengurusan Data Syarikat (EDM) Kumpulan adalah sebanyak RM40.833 juta atau 70.7% daripada pendapatan keseluruhan," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Sementara itu, untung bersih Kumpulan dalam suku tahun berakhir 30 April 2024 itu adalah sebanyak RM1.443 juta.

 

Ia merupakan penurunan daripada RM2.55 juta pada 1QFY24.

 

Menurut Kronologi Asia, penyusutan itu disebabkan oleh faktor-faktor yang timbul daripada kos operasi keseluruhan yang lebih tinggi.

 

"Kumpulan sedang beralih daripada tumpuan kepada perbelanjaan modal kepada penjimatan kos operasi dengan sasaran kecekapan modal yang lebih besar yang akan membawa kepada penjimatan tahunan dan peningkatan keuntungan bukan tunai syarikat," jelasnya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kronologi, Edmond Tayb berkata, pihaknya sedang mengatur semula struktur lembaran kewangan dan menyelaraskan pelaburan syarikat secara strategik.

 

"Selain itu, Kronologi Asia akan memenuhi permintaan yang meningkat untuk kecerdasan buatan (AI) generatif secara meluas dalam perniagaan,” katanya.- DagangNews.com