KTMB meriahkan kempen promosi Tahun Melawat Perak 2024, rancakkan industri pelancongan kereta api | DagangNews Skip to main content

KTMB meriahkan kempen promosi Tahun Melawat Perak 2024, rancakkan industri pelancongan kereta api

Para penumpang tren ETS ke Ipoh disajikan dengan persembahan kebudayaan sebagai tarikan.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 11 Okt - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekali lagi bekerjasama dengan Tourism Perak bagi mempromosikan Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024) melalui medium periklanan dipamerkan pada tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter. 

 

Pelaksanaan program ini untuk menguar-uarkan sambutan TMP2024 ke pasaran domestik dan luar negara melalui medium periklanan KTMB yang merentasi dari utara ke selatan tanah air.

 

Ini juga yang dilihat sebagai komunikasi berkesan untuk promosi tersebut.

 

Inisiatif melalui Internal Wrapping ETS ini bertujuan menggiatkan lagi promosi TMP2024 dengan menyasarkan pengguna ETS.

 

Tren
Sze Yee (kanan) bersama Mohd Rani (dua dari kiri) semasa merasmikan Perak Internal Wrapping ETS di Kuala Lumpur.

 

Secara purata seramai 11,000 orang menggunakan perkhidmatan ini sehari dengan 32 perjalanan setiap hari meliputi wilayah tengah, selatan dan utara semenanjung Malaysia negeri Perak. 

 

Pengiklanan ini mengetengahkan enam tema khas pelancongan di negeri Perak iaitu warisan, makanan, alam semulajadi, liburan dan keluarga, serta kraftangan dengan warna yang lebih vibran untuk menarik minat pengguna ETS. 

 

Tourism Perak juga telah menyenaraikan sebanyak 90 acara pelancongan untuk tahun 2024 pada peringkat daerah dan negeri dengan tagline 'Promising Perak' untuk menyemarakkan lagi TMP2024 dengan sasaran 8 juta pelancong. 

 

Melalui acara-acara menarik yang telah diatur, ia dilihat bakal memberi impak positif kepada industri pelancongan domestik serta dapat menarik lebih ramai pengguna menggunakan tren ke negeri Perak mahupun ke destinasi lain.

 

Pantai

 

Pantai

 

KTMB sentiasa menyokong dan mendukung hasrat kerajaan bagi merancakkan industri pelancongan kereta api (rail tourism) terutamanya dalam menjayakan TMP2024 melalui pelbagai perancangan yang giat diatur untuk menarik pelancong berkunjung ke Perak. 

 

Terdahulu, majlis pelancaran Perak Internal Wrapping ETS sempena TMP2024 ini telah disempurnakan Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin di KL Sentral.- DagangNews.com