Kutipan RM143.9 billion cukai langsung mampu dicapai - LHDN | DagangNews Skip to main content

Kutipan RM143.9 billion cukai langsung mampu dicapai - LHDN

 

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yakin sasaran kutipan cukai langsung sebanyak RM143.9 bilion pada tahun hadapan mampu dicapai. 

 

“Sasaran peningkatan hasil cukai dijangka munasabah dan sejajar keadaan ekonomi yang lebih baik. Ya, ia mampu dicapai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah ketika webinar Siri Deloitte Tax Mac ke-46 hari ini. 

 

CEO LHDN
Sabin Samitah

 

Keadaan ekonomi dijangka pulih dan berkembang pada kadar 6.5% hingga 7.5% pada tahun hadapan, termasuk sasaran pertumbuhan ekonomi global sebanyak 5.2%.

 

Ujarnya, kutipan cukai itu bakal merangkumi sebanyak 40.9% daripada Belanjawan 2021 dan sebanyak 55.7% daripada hasil keseluruhan kerajaan bagi 2021. 

 

Hasil cukai langsung merupakan penyumbang utama hasil kerajaan persekutuan pada tahun 2021. 

 

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menzahirkan harapan supaya LHDN mampu mencapai kutipan cukai sebanyak RM127 bilion dengan cukai langsung sebanyak RM143.9 bilion menjelang tahun hadapan. 

 

Jelas Tengku Zafrul, keupayaan LHDN untuk mengutip sasaran itu mampu membantu negara untuk merealisaskan agenda pemulihan dan pembangunan seperti digariskan dalam Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). 

 

Dalam Belanjawan 2021 lalu, kerajaan menterjemahkan objektif mereka untuk mengurangkan beban kewangan rakyat menerusi penurunan kadar kutipan cukai pendapatan selain langkah-langkah lain. - DagangNews.com