Langkawi jadi projek perintis gelembung pelancongan | DagangNews Skip to main content

Langkawi jadi projek perintis gelembung pelancongan

Gambar hiasan oleh Photo by Manish Tulaskar (Unsplash)

 

Oleh JOHARDY IBRAHIM
editor@dagangnews.com

 

PUTRAJAYA 15 Ogos - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang meneliti pandangan serta maklum balas dari stakeholders berhubung perancangan untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai projek perintis destinasi gelembung pelancongan.

 

Beliau berkata, perancangan ini penting untuk Kerajaan merancakkan semula industri pelancongan selepas lebih setahun terkesan akibat
pandemik.


Menurut beliau, KKM serta pakar-pakar kesihatan telah menyarankan Kerajaan agar melaksanakan perancangan ini hanya apabila kadar vaksinasi lengkap penduduk Pulau Langkawi mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan populasinya.

 

''Manakala, kumpulan yang dibenarkan melancong ke Pulau Langkawi kelak adalah terhad kepada individu-individu yang telah menerima vaksinasi lengkap. Cadangan ini
sedang diteliti Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan akan dimuktamadkan melalui beberapa lagi siri perbincangan selepas ini.

 

''Selain Pulau Langkawi, Kerajaan juga mempunyai perancangan untuk melaksanakan pendekatan gelembung pelancongan di lebih banyak destinasi terutamanya yang 
mempunyai kaedah kawalan pergerakan keluar masuk pelancong yang baik seperti di pulau-pulau peranginan lain yang terdapat di seluruh negara,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Walaubagaimanapun kata Perdana Menteri, perkara ini masih di peringkat perancangan dan Kerajaan akan melihat hasil projek perintis (Pulau Langkawi) terlebih dahulu. Jika semua berjalan lancar, insya-Allah gelembung pelancongan akan dilaksanakan secara lebih meluas. - DagangNews.com