Larangan eksport India tidak jejas bekalan tepung gandum negara - KPDNHEP | DagangNews Skip to main content

Larangan eksport India tidak jejas bekalan tepung gandum negara - KPDNHEP

KUALA LUMPUR 17 Mei - Larangan ekport tepung gandum yang dikenakan India terhadap Malaysia sama sekali tidak akan menjejaskan bekalan tepung gandum negara kerana 80% bekalan biji gandum datang daripada Australia manakala selebihnya darupada Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi satu ciapan di laman Twitter berkata, larangan itu dikenakan India kerana negara itu berdepan masalah gelombang haba yang teruk akibat cuaca yang sangat panas.

 

Perkara itu sekali gus menepis dakwaan bahawa bekalan tepung tepung gandum negara bakal terjejas untuk tempoh beberapa bulan.

 

"Seramai 2,200 penguat kuasa akan sentiasa membuat pemantauam bagi memastikan bekalan tepung gandum bersubsidi dan tidak bersubsidi kekal stabil di pasaran," katanya.

 

Terdahulu, India dilapor mengenakan larangan eksport gandum berkuat kuasa serta-merta, kelmarin susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik yang menjejaskan hasil tanaman dan harga bekalan tempatan mencecah rekod tertinggi.

 

Bagaimanapun, kerajaan India masih membenarkan eksport membabitkan surat kredit yang sudah dikeluarkan, serta atas permintaan negara yang berusaha memenuhi keperluan keselamatan makanan mereka.

 

tepung

 

Pembeli global bergantung kepada negara pengeluar gandum kedua terbesar di dunia itu selepas eksport dari wilayah Laut Hitam merudum susulan krisis pencerobohan Russia terhadap Ukraine. - DagangNews.com