KUALA LUMPUR 4 Sept. - Platform e-dagang terkemuka, Lazada melancarkan LazMall 2.0 yang menampilkan pelbagai kelebihan yang interaktif bersempena dengan 9.9 Big Brands Sale.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Leo Chow berkata, inisiatif itu menampilkan lebih 99 tawaran jenama eksklusif termasuk antarabangsa dan tempatan.
"Tahun ini kami sangat gembira kerana dapat menawarkan pengalaman membeli-belah melalui LazMall 2.0. Dengan penampilan lebih daripada 99 jenama itu juga membuktikan kejayaan dan keyakinan yang berterusan daripada Lazada.
"Lazada sentiasa fokus kepada inovasi untuk memberi kepuasan kepada pelanggan kami. LazMall 2.0 ini juga adalah janji kami untuk menaik taraf platform beli-belah dalam talian sekali gus meningkatkan kepercayaan pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan.
LazMall dinaik taraf dengan gaya penampilan baharu empat ciri terkini iaitu 'Beat the Price', 'Brands for You', 'Brand Directory' dan 'Follow Button'.
Melalui ciri baharu 'Beat the Price', pelanggan akan berpeluang mendapatkan tawaran harga melalui pelbagai jenis produk yang menjadi rebutan harian.
'Brands for You' pula akan membantu pelanggan mendapatkan jenama yang dicari berdasarkan kepada minat pelanggan hasil daripada interaksi terbaharu bersama Lazada.
Pembeli turut diberi kelebihan untuk mendapatkan jenama pilihan mereka dengan mudah untuk pelbagai produk melalui ciri 'Brand Directory'.
Manakala, 'Follow Button' pula membolehkan pembeli membuat langganan untuk mengakses tawaran harga semasa.
Sementara itu, 9.9 Big Brands Sale pada tahun ini pula menawarkan pelbagai keistimewaan seperti Lazada-ONLY, promosi tanpa henti selama 24 jam, Crazy Brand Mega Offers dengan diskaun hingga 90%, RM1 Crazy Flash Sale serta peluang mendapatkan telefon pintar Oppo Reno 4.
"Lazada turut menyediakan baucer bernilai RM100,000 untuk dikumpulkan oleh pelanggan semasa siaran langsung Lazada yang boleh diguna semasa pembelian 9.9 Big Brands Sale.
"Siaran langsung tersebut akan disiarkan di TV3 pada 8 September, pukul 9 hingga 10 malam," tambahnya. - DagangNews.com