Lazada rancang berkembang ke Eropah, sedia cabar Amazon dan Zalando | DagangNews Skip to main content

Lazada rancang berkembang ke Eropah, sedia cabar Amazon dan Zalando

Ibu Pejabat Lazada One, Bras Basah Road, Singapura

SINGAPURA 1 Sept - Kumpulan Lazada milik Alibaba Group Holding bersedia meluaskan pengembangan ke Eropah dengan membina kejayaan di Asia Tenggara untuk menghadapi pesaing seperti Amazon.com dan Zalando sebagai salah satu pasaran beli-belah dalam talian terbesar.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada, James Dong berkata, benua Eropah merupakan pasaran yang sangat besar.

 

"Bagi kebanyakan jenama Eropah, rakan kongsi runcit terbesar mereka ialah Alibaba Group kerana jualan mereka di China dan di pasaran lain. Kami ingin pergi ke mana jenama mahu kami pergi," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Lazada One, di sini.


 

lazada

 


Sementara itu, beliau berkata, Lazada telah melabur dalam perniagaan bagi penyedia dompet digital Indonesia, DANA yang mana melibatkan sejumlah AS$304.5 juta, menurut bursa saham. Ia juga menerajui pembiayaan RM750 juta (S$236 juta) dalam TNG Digital yang merupakan pemilik dan pengendali syarikat e-dompet terbesar di Malaysia, Touch 'n Go.

 

Dong berkata, pelaburan Lazada seperti DANA dan TNG Digital menunjukkan tahap komitmen mereka yang sangat tinggi.

 

Lazada juga merancang untuk menambah pekerja di Indonesia dalam beberapa bulan akan datang dan mengembangkan ruang pejabatnya di Jakarta untuk memacu pertumbuhan dalam pasaran terbesar di Asia Tenggara. 

 

Lazada yang bermula sejak 10 tahun lalu, kini beroperasi di enam negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam, menurut Bloomberg.

 

 

lazada
James Dong

 

 

Alibaba mahu Lazada memberi perkhidmatan kepada lebih 300 juta pengguna menjelang 2030, meningkat dua kali ganda daripada 150 juta pelanggan sekarang. - DagangNews.com