Lexus RX 350 generasi baharu berharga RM468,888 dilancar di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Lexus RX 350 generasi baharu berharga RM468,888 dilancar di Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 17 Mei - Lexus Malaysia melancarkan varian generasi kelima Lexus RX 350 Luxury serba baharu di pasaran tempatan berharga dari RM468,888 (harga atas jalan tidak termasuk insurans).

 

Tempahan bagi RX 350 Luxury serba baharu akan dibuka di semua bilik pameran Lexus Malaysia bermula hari ini.

 

Presiden Lexus Malaysia, Datuk Ravindran K berkata, Lexus RX tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia wakil kepada kejayaan Lexus selama ini.

 

"Kini selepas 25 tahun, dan setelah dijual sebanyak 3.5 juta unit di seluruh dunia, perjalanan baharu bagi Lexus RX bermula dengan model generasi kelima ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurut Ravindran, dengan senarai panjang ciri serta rekaan menawan, RX 350 mewakili kenderaan Lexus generasi baharu, serta menjadi evolusi sempurna untuk SUV ikonik ini.

 

"Sporty, bergaya dan mewah, RX 350 terbaharu ini dihasilkan untuk mengunjurkan lagi keterujaan pemanduan, dengan tahap kemewahan yang juga lebih sempurna untuk pelanggan tempatan," katanya.

 

Lexus Malaysia kini menawarkan RX 350 Luxury yang diimport sepenuhnya, lengkap dengan enjin 2.4-liter turbo cas empat-silinder petrol.

 

 

lexus

 

 

lexus

 

 

lexus

 

 

Enjin 2.4 liter empat-silinder turbocas digandingkan bersama transmisi automatik lapan-kelajuan Direct Shift-8AT dengan teknologi shift-by-wire memberikan penukaran gear lancar dengan pecutan dari keadaan pegun yang berkuasa serta kekal selesa ketika memandu dalam kelajuan tinggi.

 

Dibangun menggunakan platform GA-K, Lexus RX terbaharu ini lebih lebar 25 mm dengan jarak antara roda yang juga lebih panjang sebanyak 60 mm, memberikannya imej lebih dinamik serta ruang besar di dalam.

 

 

lexus

 

 

lexus

 

 

Menjadi penanda kepada permulaan arah rekaan baru Lexus, model ini hadir dengan rekaan badan spindle yang meluahkan identiti baharu. 

 

Lexus juga mengolah semula dalaman RX serba baharu, kerana model generasi serba baharu kini mendapat kabin yang kelihatan lebih mantap berdasarkan konsep Tazuna.

 

 

lexus

 

 

lexus

 

 

lexus

 

 

Selain itu, di atas jalan, RX serba baharu memberikan keyakinan yang tiada tanding melalui sistem AWD kawalan elektronik. 

 

Active Noise Control (ANC) turut membantu mengurangkan bunyi bising dalam kabin, menjamin keselesaan dan kesenyapan untuk semua penumpang. 

 

Ciri keselamatan standard pada Lexus RX 350 termasuk Lexus Safety System+ (LSS+) dipertingkat, digital Panoramic View Monitor, Rear Cross Traffic Alert, dan Blind Spot Monitor dengan Safe Exit Assist (SEA). - DagangNews.com