Litrak laksana lencongan trafik di Lebuhraya LDP mulai 20 Julai 2023 | DagangNews Skip to main content

Litrak laksana lencongan trafik di Lebuhraya LDP mulai 20 Julai 2023

Lebuhraya LDP
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Julai - Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) mengenal pasti langkah-langkah penambahbaikan keselamatan berdasarkan keadaan trafik dari Shah Alam/Putrajaya menghala ke Petaling Jaya/Sunway di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

 

Litrak memaklumkan, ia selaras dengan pemerhatian daripada kajian kontra yang bermula sejak 17 Julai 2023 mulai 4.30 petang hingga 8.30 malam.

 

"Langkah-langkah penambahbaikan keselamatan melibatkan perubahan lencongan trafik bermula di KM 22 hingga KM 19.2 dari arah Shah Alam/Putrajaya ke Petaling Jaya/Bandar Sunway pada Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti am) bermula 20 Julai 2023 dari pukul 4.30 petang hingga 8.30 malam.

 

"Pengguna dari arah Shah Alam/Putrajaya akan dilencongkan agar ikut kiri sebelum jambatan dan menggunakan jalan susur untuk ke Petaling Jaya/Sunway," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Katanya, oleh kerana ini adalah kajian laluan kontra, pihaknya akan terus memantau keadaan trafik dan keselamatan secara teliti dan melaksanakan penambahbaikan berdasarkan pemerhatian mereka sepanjang tempoh kajian. 

 

"Kesabaran serta kerjasama anda sebagai pengguna lebuh raya sepanjang tempoh ini amat kami hargai," katanya.

 

 

litrak

 

 

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian bantuan LDP di 03-7494 7333 atau ikuti Twitter @LDPTrafik.  - DagangNews.com