M Arisa milik Mah Sing Group capai kadar pemilikan 80% dengan harga jualan bermula RM299,000 | DagangNews Skip to main content

M Arisa milik Mah Sing Group capai kadar pemilikan 80% dengan harga jualan bermula RM299,000

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 April - Projek perumahan M Arisa milik Mah Sing Group Berhad di Sentul telah mencapai kadar pemilikan mencecah 80% sejak dilancarkan semasa pandemik Covid-19.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing, Datuk Ho Hon Sang berkata, M Arisa yang terletak versebelahan dengan M Centura menunjukkan kadar jualan yang memberangsangkan dan ia baharu sahaja disiapkan.

 

"Bagi pembeli rumah kali pertama terutama dalam kalangan golongan muda, M Arisa merupakan kediaman mampu milik sempurna yang menyediakan banyak ruang hijau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Projek perumahan M Arisa dengan nilai pembangunan kasar RM653 juta yang terletak di atas tanah berkeluasan 3.31 ekar di Sentul memiliki dua unit menara setinggi 55 tingkat dengan lebih 1,590 unit dengan binaan antara 550 hingga 1,025 kaki persegi yang memiliki antara satu hingga empat bilik tidur.

 

Unit pameran Jenis A yang dilancarkan baru-baru ini dengan keluasan 550 kaki persegi dengan harga jualan bermula RM299,000 dan unit pameran itu bertujuan memberikan pembeli idea dan inspirasi tentang cara menggunakan sepenuhnya ruang dengan cekap.

 

M Arisa merupakan kedaiaman bertingkat pertama di Sentul dengan tema hutan bandar merangkumi landskap metropolitan.

 

arisa

 

Ho Hon berkata, M Arisa akan dilengkapi pelbagai ciri mesra alam, seperti sistem pelupusan sampah berpusat, sistem penuaian air hujan dan stesen pengecasan kenderaan elektrik.

 

Beliau berkata, pembangunan itu akan menawarkan lebih daripada 40 kemudahan gaya hidup seperti kolam renang bersaiz 50 meter, jakuzi, gymnasium, taman permainan, bilik pingpong, bilik permainan, bilik KTV dan ruang kerja bersama yang terletak di tingkat 10, 11, 36 dan 49.

 

M Arisa mudah diakses melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak serta terletak berhampiran stesen LRT, pusat pendidikan, pusat perubatan dan pusat beli belah. - DagangNews.com