KUALA LUMPUR 3 Julai - Pejabat baharu Macrokiosk yang terletak di dalam kawasan pembangunan hijau Gred-A bakal membawa syarikat itu ke fasa seterusnya dalam membangun dan memperkenalkan penyelesaian digital yang relevan untuk perniagaan dan kehidupan seharian.
Syarikat itu ditubuh oleh beradik, Kenny Goh, Henry Goh dan CS Goh dengan tujuan membantu perniagaan untuk memperoleh, mengembangkan, dan mengekalkan pelanggan dengan platform penyelesaian perusahaan peniaga.
Pada 2001, syarikat itu menerima status Perintis MSC serta mengambil bahagian dalam program Gateway, Amplification, Invest, Nurturing (GAIN) di bawah seliaan MDEC pada tahun 2017.
Lebih daripada 250 kakitangan multinasional, di mana 80% tenaga kerjanya berpusat di pejabat Malaysia menyokong syarikat itu untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.
Empat daripada pejabat globalnya kini berada dalam bangunan yang diperakui hijau dan usaha berasaskan kelestariannya mencerminkan komitmen syarikat pada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagai panduan perniagaan.
Menurut kenyataan media Pengasas Bersama Macrokiosk, Kenny Goh berkata "Sebagai sebuah syarikat yang mengubah teknologi digital kepada fungsi penyelesaian bagi perniagaan dan kehidupan seharian, kami amat berbangga bahawa platform penyelesaian perusahaan Macrokiosk dicipta di Malaysia"
"Adalah misi kami sebagai syarikat ciptaan Malaysia adalah untuk memainkan peranan aktif dalam peta jalan transformasi digital negara," tambah Goh.
Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo melawat pejabat utama Macrokiosk Malaysia, turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Mahadhir Aziz.
Menurut kenyataan media syarikat itu, Gobind Singh Deo mengagum atas kemajuan syarikat itu dalam tempoh lima tahun lepas.
Mahadhir Aziz turut berkata, "Macrokiosk telah memantapkan dirinya sebagai peneraju pasaran platform dalam penyelesaian perusahaan di seluruh Asia, menunjukkan semangat inovasi dan ketahanan yang mentakrifkan landskap teknologi negara kita. - DagangNews.com