Majlis Perniagaan Malaysia-Sri Lanka perkukuh hubungan perdagangan dua hala, promosi usaha niaga baharu | DagangNews Skip to main content

Majlis Perniagaan Malaysia-Sri Lanka perkukuh hubungan perdagangan dua hala, promosi usaha niaga baharu

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 30 Okt - Majlis Perniagaan Malaysia-Sri Lanka (SLMBC) teruja meningkatkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara, apabila lebih 20 kunjungan deligasi meliputi usahawan, eksekutif perniagaan, syarikat baharu dan pegawai yang terlibat dalam perniagaan dan perdagangan di sini, baru-baru ini.

 

Deligasi itu diketuai oleh SLMBC of The Ceylon Chamber of Commerce (CCC) bersama presidennya, M.H.K.M Hameez, serta wakil-wakil industri utama termasuk bank, pelancongan, makanan dan minuman, perdagangan permata dan barang kemas, teknologi maklumat, penerbangan, logistik, telekomunikasi, pendidikan, perundangan dan perkhidmatan perundingan perniagaan. 

 

Kunjungan itu dilakukan selepas forum perniagaan CEO di Sri Lanka, yang mana Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjadi panel kehormat.

 

Melalui lawatan itu, SLMBC berhasrat untuk mengukuhkan hubungan perniagaan dua hala untuk mempromosikan usaha niaga baharu antara Sri Lanka dan Malaysia.

 

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan beberapa dewan perniagaan, perusahaan negeri dan swasta, pegawai kerajaan serta diplomatik dan dihoskan di ibu negara. 

 

Misi tersebut bertujuan untuk mengukuhkan hubungan perniagaan dua hala untuk mempromosikan usaha niaga baharu antara Sri Lanka dan Malaysia. 

 

Kedua-dua negara menikmati perdagangan yang sihat sejak beberapa tahun lalu, dengan Malaysia mengeksport barangan bernilai AS$797 juta ke Sri Lanka pada 2021, dengan produk utama ialah petroleum ditapis, minyak sawit dan minyak kelapa. 

 

Menurut data OEC World, Malaysia ialah rakan dagangan ke-39 terbesar Sri Lanka, dengan eksport ke Sri Lanka berkembang 5.8% setiap tahun sejak 1995.

 

Sebaliknya, Sri Lanka mengeksport barangan bernilai AS$97.3 juta ke Malaysia, diterajui oleh petroleum ditapis, getah dan tepung gandum. Perdagangan meningkat 5.6% setahun sejak 1995 daripada RM23.7 juta.

 

SLMBC mempunyai keahlian kukuh seramai 100 orang dan bekerjasama rapat dengan syarikat Malaysia dan Sri Lanka yang berdagang antara kedua-dua negara selama hampir 25 tahun.

 

Awal bulan ini SLMBC berjaya menganjurkan forum perniagaan CEO dan perbincangan panel di Colombo dengan Zambry sebagai panel kehormat. - DagangNews.com