Malaysia bakal eksport 100 megawatt elektrik ke Singapura | DagangNews Skip to main content

Malaysia bakal eksport 100 megawatt elektrik ke Singapura

 

KUALA LUMPUR 26 Okt. -  Malaysia bakal mengeskport sehingga 100 megawatt (MW) elektrik ke negara jiran, Singapura dalam tempoh percubaan dua tahun.

Langkah itu mungkin dilaksanakan seawal tahun hadapan untuk mempelbagaikan bekalan elektrik di Singapura. 

“Kami akan import 100 MW elektrik bagi tempoh percubaan selama dua tahun untuk melihat bagaimana pasaran berfungsi dan cabaran teknikal yang dapat diatasi.

 

Chan Chun Sing
Chan Chun Sing

 

“Ini akan membolehkan rantau untuk berkongsi sumber tenaga bersih yang dimiliki oleh negara berbeza,” kata Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing seperti dilaporkan TodayOnline. 

Sementara itu, Lembaga Pasaran Tenaga (EMA) Singapura menerusi kenyataan akhbarnya merancang untuk mengeluarkan Permintaan untuk Cadangan menjelang Mac tahun hadapan bagi langkah import 100 MW elektrik berkenaan.

Jumlah itu bersamaan kira-kira 1.5% daripada permintaan tertinggi Singapura di mana Mei tahun lalu mencecah 7,404 MW.

Di bawah cadangan itu, import elektrik dapat bermula seawal penghujung 2021 menerusi penyambung tara Singapura dan Malaysia sedia ada. 

Singapura ketika ini tidak mengimport elektrik dan lebih 95% daripada elektrik negara itu dihasilkan daripada gas asli import, majoritinya dari Malaysia dan Singapura. 

“Bagi memenuhi komitmen perubahan iklim kami, terdapat keperluan untuk mengubah cara Singapura menghasilkan dan menggunakan tenaga. 

Memanfaatkan grid tenaga serantau untuk sumber tenaga yang lebih bersih adalah salah satu strategi bagi mempelbagaikan lagi bekalan tenaga Singapura,” kata EMA. - DagangNews.com