Malaysia gesa segera capai persetujuan 3 dokumen utama APEC 2020 | DagangNews Skip to main content

Malaysia gesa segera capai persetujuan 3 dokumen utama APEC 2020

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Malaysia menzahirkan pendapat untuk menyegerakan dan penting buat Pegawai-pegawai Kanan APEC 2020 memuktamadkan dan mencapai persetujuan ke atas tiga dokumen utama persidangan itu. 

Tiga dokumen itu adalah penilaian akhir Matlamat Bogor, Kajian Rangka Kerja Ketersambungan APEC Jangka Sederhana, penilaian akhir Strategi Memperkukuh Pertumbuhan Berkualiti APEC dan Program Kerja Pelan Halatuju Internet dan Ekonomi Digital APEC (AIDER).

Ketiga-tiga dokumen yang bakal dilengkapkan itu akan menjadi hasil signifikan daripada APEC 2020.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob (gambar atas) yang berkata, ketiga-tiga dokumen berkenaan perlu dicapai tepat pada waktunya untuk Mesyuarat Tahunan Menteri (AMM) dan Meyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM). 

“Pengerusi SOM menyampaikan arahan oleh Pengerusi AMM kepadanya untuk memastikan kejayaan terbitan ketiga-tiga dokumen itu dan menggesa Pegawai-pegawai Kanan untuk melaksanakan sokongan serta pemahaman baik bagi memenuhi mandat tersebut,” jelas kenyataan berkaitan ucapan pembukaan Hairil Yahri dalam SOM yang berlangsung hari ini. 

Dalam ucapan berkenaan, Hairil Yahri turut menekankan bahawa pandemik COVID-19 telah ‘memaksa’ Malaysia sebagai tuan rumah dan kesemua ekonomi anggota APEC untuk bertindak dan segera menangani krisis yang dihadapi. 

 

som

 

Jelasnya, Malaysia bertindak dengan menstrategi dan bergerak ke hadapan dengan semangat baharu dan tekad untuk menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah APEC 2020. 

Dalam masa sama, beliau turut menekankan kerja keras Malaysia untuk mengorak langkah dengan penyampaian utama yang perlu diselesaikan pada Minggu Pemimpin, terutamanya Visi Pasca-2020.

“Pengiktirafan usaha lelah dan dedikasi Pegawai-pegawai Kanan dalam mempercepat kerja penyampaian utama APEC 2020. 

“Antaranya menekankan pelaksanaan perjumpaan luar biasa untuk menjalankan arahan Menteri APEC yang bertanggungjawab untuk perdagangan. 

“Kesemua penglibatan yang meluas telah menghasilkan hasil penting untuk tahun ini, termasuk Deklarasi Mempermudah Pergerakan Barangan Asas di APEC, cadangan untuk Tinjauan Mempermudah Pergerakan Asas Rakyat yang Diukur dan Laman Web Kempen COVID-19 APEC serta perbincangan untuk mewujudkan sub-dana untuk COVID-19,” jelas kenyataan itu. 

Selain itu, SOM turut memuji kerja Jawatankuasa, Fora dan Sub-fora yang telah menghasilkan beberapa penyampaian penting pada tahun ini. 

Setakat ini, hampir 55 mesyuarat secara maya pada peringkat itu telah dilaksanakan. - DagangNews.com

 

logo apec