Malaysia, Singapura setuju teruskan VTL untuk kereta api, bas di Linkedua | DagangNews Skip to main content

Malaysia, Singapura setuju teruskan VTL untuk kereta api, bas di Linkedua

 

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 29 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsein Loong bersetuju untuk memperluakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) sempadan darat kepada kenderaan lain termasuk kereta api di bawah kendalian Keretapi Tanah Melayu (KTM).

 

Beliau berkata, selain itu ia juga akan diperluaskan kepada bas yang melalui Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan secara berperingkat akan dibuka kepada kenderaan peribadi seperti kereta dan motorsikal.

 

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun pembukaan untuk kesemua kategori pengembara namun ia tertakluk kepada keperluan kesihatan yang dipersetujui oleh kedua-dua negara.

 

"Pembukaan sempadan ini sangat penting dalam menghidupkan semula hubungan sosial merentasi sempadan dan aktiviti ekonomi yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

 

"Kami juga berharap dengan langkah ini, ia akan memberi peluang kepada lebih ramai orang di kedua-dua bahagian Tambak dapat bersatu kembali bersama keluarga mereka selepas sekian lama terpisah akibat pandemik COVID-19.

 

"PM Lee dan saya juga ada membincangkan untuk mempeluarkan rentas sempadan melalui udara ke Singapura dan destinasi lain seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu. Kami memutuskan pegawai berkaitan perlu bertindak segera untuk merealisasikan perkara ini," katanya dalam satu sidang media bersama dalam lawatan rasminya ke Singapura, hari ini.

 

Perdana

 

Ismail Sabri berkata, beliau dan rakan sejawatnya, Hsein Loong bersetuju untuk meneruskan kerjasama dua hala yang sedia ada merangkumi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin ke-10 yang tidak dapat diadakan sejak dua tahun lalu akibat pandemik.

 

Mesyuarat itu dijangkan diadakan pada suku tahun pertama tahun hadapan di Singapura.

 

Perdana Menteri berkata, kedua-dua mereka juga bersetuju bahawa kerjasama di peringkat kementerian perlu diteruskan secepat mungkin bagi memastikan segala kerjasama dan isu berbangkit dapat diselesaikan segera.

 

"Kami juga bersetuju bahawa ASEAN perlu terus memainkan peranan membina dalam menyediakan penyelesaian terbaik demi menjaga kepentingan Myanmar dan komuniti ASEAN secara menyeluruh.

 

"Kami berkongsi pandangan sama terhadap kepentingan untuk Myanmar untuk melaksanakan lima perkara konsensus dan keperluan lain dalam menjaga kredebiliti selain integriti ASEAN.

 

"Kami sentiasa memandang ke hadapan untuk Myanmar mengembalikan domokrasi dan penglibatan mereka dalam persidangan akan datang," katanya.

 

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga berbesar hati dengan pelancaran VTL sempadan darat dan sempadan udara hari ini.

 

"Hari ini, saya berjalan kaki merentasi Tambak Johor dan disambut oleh PM Lee di Woodlands Checkpoint dan ia merupakan simbol pembukaan sempadan kedua-dua negara menerusi VTL," katanya.-Dagangnews.com