MAN Malaysia serah trak MAN TGS kepada dua syarikat sawit di Johor | DagangNews Skip to main content

MAN Malaysia serah trak MAN TGS kepada dua syarikat sawit di Johor

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Okt - MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) menyerahkan MAN TGS 6x2 yang baharu kepada dua pelanggan untuk kali pertama, Pacific Oils & Fats Industries Sdn Bhd yang berpangkalan di Kulai dan Syarikat Wijaya (Masai) Sdn Bhd di Pasir Gudang bertempat di cawangan MAN Johor Bahru, baru-baru ini. 

 

Pacific Oils & Fats Industries, yang memproses anggaran 3,000 tan metrik minyak sawit sehari dan memasarkan produk di bawah jenama Avena, akan menggunakan lima buah trak MAN TGS baharu untuk mengangkut minyak sawit dari kilang penapis di Kulai ke depoh simpanan yang terletak di Pasir Gudang. 

 

Bagi Syarikat Wijaya (Masai), sebuah syarikat logistik minyak sawit yang mengendalikan flit kenderaan sebanyak 45 buah lori tangki minyak sawit, sokongan selepas jualan yang cemerlang daripada MAN Johor Bahru untuk flit Trak MAN terpakai sebelum ini meyakinkan syarikat untuk melabur dalam dua buah MAN TGS baharu. 

 

Trak MAN berkuasa Euro V terus menjadi pilihan syarikat-syarikat pengangkutan yang berpangkalan di Johor berikutan prestasinya yang cemerlang dan enjin dengan pelepasan rendah yang membolehkan perniagaan memenuhi komitmen kemampanan dan menerima sokongan selepas jualan terbaik.

 

Pengurus Kanan dan Perancangan FMCG , Syed Muhammad Zohaib berkata, keputusan untuk menambah lima buah Trak MAN baharu kepada kumpulan kenderaan sebanyak 19 buah trak didorong spesifikasi MAN yang unggul.  

 

Beliau berkata, pihaknya menyedari bahawa MAN TGS baharu menawarkan lebih kuasa tarikan dan kecekapan bahan api yang lebih tinggi. 

 

"Kami juga sudah tidak sabar untuk menguji Trak MAN baharu dalam keadaan operasi sebenar. Kami adalah sebuah syarikat yang sedang berkembang dan sudah tentu akan mempertimbangkan untuk membeli lebih banyak trak lagi apabila timbul keperluan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

 

MAN

 

 

Sementara itu, Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks menzahirkan penghargaan kepada kedua-dua buah syarikat kerana memilih MAN TGS dengan enjin Euro V pelepasan rendah sebagai standard yang terbukti mampu membantu perniagaan mencapai matlamat kemampanan dan keuntungan mereka.

 

"Kami teruja menyaksikan semakin banyak syarikat-syarikat pengangkutan di Johor yang memilih MAN disebabkan oleh cadangan yang meyakinkan daripada para pelanggan dan pemandu MAN yang semakin ramai jumlahnya. Terima kasih kepada pasukan MAN di Johor atas usaha mereka yang cemerlang untuk memenuhi keperluan para pelanggan," katanya.

 

 

MAN

 

 

Trak Generasi Baharu MAN dengan enjin Euro V sebagai enjin standard menerajui pencapaian keselesaan memandu, kecekapan penggunaan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan kemampanan. - DagangNews.com