Margin keuntungan perniagaan pengangkutan Swift Haulage diunjur meningkat, kata MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Margin keuntungan perniagaan pengangkutan Swift Haulage diunjur meningkat, kata MIDF Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Mei - MIDF Research menjangkakan peningkatan dalam margin keuntungan perniagaan pengangkutan Swift Haulage Berhad berikutan penyempurnaan pelaksanaan pelepasan kosnya pada 4QFY22.

 

Firma itu berkata, pertumbuhan pendapatan kumpulan akan dibantu daripada segmen pergudangan, didorong sumbangan hasil setahun penuh daripada peningkatan 42% dalam kapasiti tersedia yang secara beransur-ansur 

 

"Kumpulan itu merupakan antara pilihan utama dalam sektor itu kerana ia mencapai margin yang lebih tinggi disebabkan aset dalam yang besar selain merupakan penerima manfaat langsung daripada pertumbuhan perdagangan luar kerana penguasaannya dalam ruang pengankuran kontena.

 

"Selain itu, kumpulan itu terlindung daripada turun naik kadar pengangkutan antarabangsa," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Kumpulan itu menerusi anak syarikatnya, Swift Integrated Logistics Sdn Bhd memeterai perjanjian penjualan saham untuk membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Standard Marine Agencies (Sarawak) Sdn Bhd (SMA).

 

Pertimbangan pembelian sebanyak RM1.4 juta akan dibiayai sepenuhnya oleh dana yang dijana secara dalaman.

 

Perjanjian itu selesai pada 2 Mei 2023 selepas perjanjian penjualan saham selesai.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu bagaimanapun berdepan beberapa risiko termasuk daya tampung pelabuhan yang lebih lemah daripada jangkaan dan kadar penggunaan yang lebih rendah daripada jangkaan utuk gudang baharunya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 90 sen sesaham. - DagangNews.com