Mata wang Asean dijangka menunjukkan prestasi baik tahun ini - Credit Suisse | DagangNews Skip to main content

Mata wang Asean dijangka menunjukkan prestasi baik tahun ini - Credit Suisse

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 7 Jan -  Mata wang Asean, termasuk ringgit, dijangka menunjukkan prestasi baik tahun ini selepas aliran menurun berbanding dolar Amerika Syarikat tahun lepas, kata Credit Suisse. 

 

“Walaupun pertumbuhan yang lebih kukuh boleh menekan bil import, akaun semasa harus kekal kukuh untuk kebanyakan pasaran Asean,” katanya dalam Tinjauan Strategi Pasaran Asean 2022.

 

Credit Suisse berkata, Malaysia menduduki tempat kedua dalam agregat kad skor Asia-Pasifiknya, dan pertama dalam penilaian. 

 

Ia mempunyai potensi mata wang, dan ringgit mempunyai ciri yang kukuh pada metrik mata wang.

 

“Ia mempunyai kadar pertukaran berkesan sebenar kedua terendah di rantau ini, berbanding sejarah baru-baru ini, dan ringgit telah mencatatkan prestasi rendah dalam kenaikan harga minyak,'' kata bank pelaburan itu. 

 

Dari segi negatif, Malaysia tidak mempunyai potensi struktur Indonesia dan Filipina, dan politik kekal kompleks, kata Credit Suisse.

 

"Kami mengekalkan sedikit 'Overweight' di Malaysia, yang diletakkan di bawah Indonesia dan Singapura mengikut urutan kami, dan melihatnya terutamanya sebagai permainan mata wang,'' tambahnya.

 

Credit Suisse turut mengekalkan kedudukan "overweight" dalam pasaran saham Asean, kecuali Thailand. 

 

''Kami melihat pemangkin yang mencukupi untuk Asean selain daripada penilaian. Ekonomi harus bangkit semula tahun ini," katanya.  -DagangNews.com