Matrade lantik Irmohizam, Mahmud Abas sebagai ahli lembaga baharu | DagangNews Skip to main content

Matrade lantik Irmohizam, Mahmud Abas sebagai ahli lembaga baharu

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah melantik Datuk Mahmud Abbas dan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim sebagai ahli lembaga baharunya, berkuat kuasa 1 September 2020.

Matrade berkata Mahmud, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari Brighton University, pada masa ini merupakan pengerusi Halal Development Corporation (HDC), dan mempunyai lebih 30 tahun pengalaman korporat, terutamanya dalam industri harta tanah.

"Beliau ialah ketua eksekutif Knowledge Economic City (KEC) sebuah syarikat pembangunan harta tanah penyenaraian awam di Madinah, Arab Saudi, dan juga merupakan pengarah urusan Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) selama tujuh tahun, sebelum menyertai KEC," katanya seperti dilapor Bernama.
 

aaa
Irmohizam Ibrahim


Sementara itu, Irmohizam adalah pengarah eksekutif World Trade Center Kuala Lumpur dan pada masa ini bertugas sebagai penasihat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan ahli Lembaga Universiti Teknologi MARA.

“Bagi pihak Lembaga MATRADE, kami sangat gembira dan mengalu-alukan pelantikan ini. Bersama-sama, mereka akan membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan kerana MATRADE akan terus meneroka kaedah baru untuk membantu pengeksport Malaysia dan meningkatkan eksport terutama pada masa yang mencabar ini,” kata pengerusi Tan Sri Dr Halim Mohammad dalam satu kenyataan hari ini. - DagangNews.com