KUALA LUMPUR 9 Jun - Maxim E-hailing melancarkan ciri baharu dalam aplikasi untuk semua pengguna yang memerlukan bantuan di ruang mesej dengan menikmati ciri untuk menilai maklum balas daripada 'Sokongan Pengguna'.
Maxim dalam kenyataan berkata, sebaik sahaja pihak Sokongan Pengguna melengkapkan maklum balas yang diminta daripada pengguna, dua butang akan muncul satu daripadanya ialah 'thumbs up' dan 'thumbs down', yang mana pengguna boleh memilih mengikut keutamaan dan kepuasan mereka terhadap maklum balas tersebut.
Katanya ia adalah cara yang bagus untuk mengetahui sama ada pengguna berpuas hati dengan maklum balas.
"Butang adalah sama ada 'thumbs up' untuk perkhidmatan yang baik atau 'thumbs down' untuk perkhidmatan yang lebih baik. Pengguna boleh menggunakan untuk menilai terus selepas mesej tamat, dan ia akan pergi ke sistem aplikasi Maxim.
"Idea utama untuk fungsi baharu ini adalah untuk menambah baik perkhidmatan dan menjadikan sistem komunikasi lebih teratur di antara pengguna dan pihak Maxim," katanya.
Menurut Maxim, dengan mempunyai butang baharu, ia lebih mudah untuk mengesan sebarang mesej yang menghadapi beberapa isu dan pasukan sokongan pengguna akan membantu dengan lebih teliti.
"Fungsi ini pastinya akan menjadi bantuan terbesar dalam meningkatkan perkhidmatan dan respons kami kepada pengguna. Sebarang teguran atau penilaian yang diberikan oleh mereka adalah sangat penting kerana pihak kami boleh menganalisis lebih lanjut kesan respons terhadap soalan yang dihadapi.
"Kami akan menerima soalan yang dihadapi oleh setiap pengguna setiap hari. Justeru dengan fungsi ini, kami berharap dapat menerima maklum balas mengenai penyelesaian yang disediakan oleh pasukan kami," katanya.
Katanya, sebagai salah satu aplikasi yang menitikberatkan komunikasi dua hala, butang penilain itu boleh menaik taraf sistem menjadi satu langkah kedepan untuk mendapatkan kepuasan hati dari pelbagai pihak.
"Ia merupakan mesej terus apabila nisbah kadar sama ada baik atau memerlukan bantuan lain, pengguna boleh mencapai persefahaman bersama melalui inisiatif ini. Setiap mesej akan dijawab oleh pasukan kami, bagi memberi perkhidmatan yang dapat memuaskan hati," katanya.
Tambah kenyataan itu, pengalaman penilaian adalah bahagian penting dalam memastikan pelanggan menerima maklumat dan sokongan yang mereka perlukan daripada permintaan tertentu.
"Pasukan pengurusan bekerja keras untuk memastikan semua penumpang mendapat menikmati perjalanan dengan tenang ke mana sahaja mereka pergi. Keselamatan sentiasa menjadi faktor keutamaan. Itulah sebab Maxim E-hailing mengemas kini perkhidmatan untuk memastikan perjalanan seperti yang dirancang semua orang," katanya. - DagangNews.com