Maxim E-Hailing perkenal kuiz dalam talian tentang keunikan Malaysia dan seluruh dunia | DagangNews Skip to main content

Maxim E-Hailing perkenal kuiz dalam talian tentang keunikan Malaysia dan seluruh dunia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Dis - Maxim E-Hailing memperkenalkan perkhidmatan dalam talian yang dikenali sebagai 'Travel around the World with Maxim', sebuah kuiz yang membantu masyarakat mengetahui tentang keunikan negara-negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

 

Pengurus Pembangunan Wilayah, Ahmad Shabrie Sairun berkata, pihaknya berkongsi maklumat mengapa syarikat memilih menggunakan permainan dan cara kesan positif pelanggan selepas permainan itu dilancarkan.

 

Beliau berkata, gamifikasi adalah cara terkini antara syarikat tersebut dan pengguna, berdasarkan mekanisme permainan. 

 

Katanya, ia membantu memperbaiki imej positif perkhidmatan dan sekali gus mempromosikan perkhidmatan dengan cara menghiburkan. 

 

"Di samping itu, gamifikasi membantu Maxim membina komunikasi serta hubungan rapat dengan pelanggan dan menaikkan semangat mereka," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Sementara bermain kuiz tersebut, pemain ditemani maskot bernama Maksimka. Maskot tersebut membimbing peserta bergerak ke seluruh dunia untuk menemui budaya baharu, fenomena sejarah dan geografi.

 

Ketua Bandar Miri, Justin Majin pula berkata, peserta bukan menguji pengetahuan tempatan sahaja, mereka meluaskan pengalaman, selain membentuk imej holistik perkhidmatan Maxim yang mana secara tidak langsung berkaitan dengan maskot. 

 

 

maxim

 

 

"Masa depan peserta dalam permainan ini secara automatik akan mengingat budak lelaki ini apabila jenama kami disebut," katanya.

 

Selepas menjawab semua soalan daripada kuiz tersebut, peserta boleh mengetahui keputusan permainan. Permainan juga mencadangkan pemain memberikan butiran mereka untuk menerima pemberitahuan promosi tentang perkhidmatan Maxim.

 

Menurut penganalisis perkhidmatan, kira-kira 82% daripada peserta kuiz mula berminat dengan permainan ini, berinteraksi dengan jenama dan mula menjawab soalan. 

 

Buat masa ini, hampir semua pengguna yang menyelesaikan kuiz pergi ke borang untuk meninggalkan maklumat talian untuk menghubungi mereka. Hanya 18% daripada pelanggan menutup pautan kuiz dengan segera. 

 

Di samping itu, ramai peserta menghabiskan hampir 1 minit bermain permainan ini, yang mana menunjukkan minat tinggi dalam mekanik permainan perkhidmatan Maxim.

 

Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, ketika ini, terdapat jutaan syarikat berjenama di dunia, pengiklanan di setiap laman web, risalah dan bunting. 

 

"Kita menerima ratusan notifikasi di telefon setiap hari, yang mana meningkatkan persaingan untuk perhatian. Kini kita berjaya memiliki satu minit.

 

"Dengan satu minit yang ada, pengguna dapat memiliki ikatan bersama jenama, fokus terhdapat logo, moskot dan elemen jenama. Strategi ini merupakan kemenangan buat pemasaran jenama, yang menjadi interaksi tidak konvensional," katanya.

 

Untuk bermain permainan itu, orang ramai boleh mengikuti pautan https://worldtourph.maximquiz.com/. - DagangNews.com