Maxim E-hailing tawar peluang bekerjasama sebagai rakan pemandu menerusi pameran kerjaya anjuran Perkeso | DagangNews Skip to main content

Maxim E-hailing tawar peluang bekerjasama sebagai rakan pemandu menerusi pameran kerjaya anjuran Perkeso

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 6 April - Maxim E-hailing menggalakan orang ramai yang berminat untuk bekerjasama dengan platform tersebut menerusi penyertaan di pameran kerjaya anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Sibu, Sarawak.

 

Maxim dalam kenyataan hari ini berkata, pameran itu bertujuan untuk mengurangkan bilangan pengangguran di Malaysia, dengan menawarkan peluang kepada para pencari kerja.

 

Katanya, ia terbuka kepada semua yang berada di sekitar bandar Sibu untuk datang sebagai calon berkelayakan dan memperoleh ijazah yang kompeten serta boleh menyertai Maxim E-hailing.

 

"Bukan sahaja perkhidmatan e-hailing, terdapat beberapa perkhidmatan lain ditawarkan seperti penghantaran dan lori untuk kargo. 

 

"Semasa sesi dijalankan, wakil Maxim akan menerangkan segala infomasi dan maklumat kepada peserta tentang cara syarikat beroperasi dan perkhidmatan yang tersedia kepada pengguna. 

 

"Mereka juga berkongsi maklumat tentang pelbagai keperluan undang-undang dan dokumen diperlukan bagi pendaftaran dan faedah yang diberikan oleh Maxim E-hailing kepada penyedia perkhidmatannya," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, terdapat beberapa peserta yang bersemangat untuk menyertai Maxim dan bersedia dengan dokumen yang diperlukan.

 

 

maxim

 

 

maxim

 

 

Katanya, wakil dari Maxim E-hailing turut membimbing mereka dengan proses pendaftaran dan memperkenalkan kepada komuniti Maxim. 

 

"Selain itu, peserta juga ditawarkan dengan pakej penjenamaan kereta yang menarik, bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta untuk memperoleh wang tambahan tetapi juga mendapat beberapa populariti Maxim itu sendiri," katanya.

 

Tambahnya, syarikat komited untuk menyertai lebih banyak acara awam seperti ini untuk mewujudkan lebih banyak peluang untuk pencari kerja. - DagangNews.com