LFE Corp terima kontrak pembangunan bernilai RM81.71 juta daripada Puncakcity Development | DagangNews Skip to main content

LFE Corp terima kontrak pembangunan bernilai RM81.71 juta daripada Puncakcity Development

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LMPUR 23 Okt - LFE Corp Bhd menerusi LFE Engineering Sdn Bhd menerima kontrak pembangunan bernilai RM81.71 juta daripada Puncakcity Development Sdn Bhd sebagai kontraktor utama pembinaan bangunan utama.

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu bagaimanapun tidak menyebut perincian mengenai kontrak itu termasuk lokasi serta kerja-kerja yang perlu dilaksanakan.

 

"Projek pembangunan itu adalah selama 32 bulan bermula 15 Oktober 2024 hingga 14 Jun 2027," katanya.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan sehingga tamat projek berkenaan.

 

Syarikat tidak menjangkakan sebarang risiko yang timbul daripada kontrak itu selain risiko operasi biasa yang berkaitan dan mereka akan mengambil langkah sewajarnya untuk meminimumkan risiko itu.  - DagangNews.com