Maybank IB jangka ViTrox kekal berdaya tahan untuk 2H22 | DagangNews Skip to main content

Maybank IB jangka ViTrox kekal berdaya tahan untuk 2H22

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB) menjangkakan ViTrox Corporation Berhad akan kekal berdaya tahan pada 2H22 didorong pemulihan rantaian bekalan global.

 

Firma berkata, keupayaan pengurusan untuk menyerap kebanyakan kenaikan kos menerusi gubungan yang lama terjalin, kesetiaan jenama dan penghasilan produk berkualiti.

 

"Model perniagaan ViTrox juga secara relatifnya tidak terkesan dengan kemelesetan ekonomi jangka pendek.

 

"Dua segmen yang kekal menyokong kumpulan itu adalah pemasangan semikonduktor penyumberan luar dan pembuatan ujian dan elektronik perkhidmatan," katanya dalam satu nota kajian.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu meningkat kepada RM51.35 juta pada 2QFY22 berbanding RM50.64 juta pada 2QFY21 didorong kekuranan tukaran mata wang asing dolar Amerika Syarikat.

 

Hasil kumpulan bagaimanapun, merosot kepada RM189.4, juta daripada RM196.19 juta sebelumnya disebabkan permintaan jualan yang lebih rendah untuk sistem mesinnya apabila penutupan pada 2QFY22 berkaitan COVID-19 di China mengurangkan permintaan daripada pelanggan China dan Taiwan.

 

Firma itu berkata, segmen ABI terus menjadi penyumbang sebanyak 56% kepada pendapatan kumpulan untuk 1QFY22 selepas masalah kekurangan komponen dapat diselesaikan.

 

Katanya, masa hadapan untuk segmen ABI dilihat positif dan akan menjadi segmen ViTrox yang paling pesat berkembang didorong peningkatan tempahan(MYR254 juta pada 1QFY22) daripada pemain industri kemudahan telekomunikasi, automotif dan HPC.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran lebih rendah RM8.80. - DagangNews.com