Maybank IB naikkan ramalan pendapatan MNRB sebanyak 92% pada FY25 | DagangNews Skip to main content

Maybank IB naikkan ramalan pendapatan MNRB sebanyak 92% pada FY25

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak naik ramalan pendapatan MNRB Holdings Bhd sebanyak 92% pada FY25 didorong perkembangan positif  bahagian insurans semula dan takaful amnya.

 

Katanya, kumpulan itu melaporkan untung bersih pada 1QFY25 sebanyak RM92.2 juta, peningkatan 33% ari tahun ke tahun yang melebihi jangkaan mereka.

 

"Hasil itu sebahagian besarnya disebabkan umbangan lebih baik daripada jangkaan daripada bahagian insurans semula dan takaful amnya tetapi diimbangi pendapatan yang lebih rendah daripada perniagaan takaful keluarganya.

 

"Hasil insurans semula pada umumnya mendatar dari tahun ke tahun, berkembang sedikit untuk perniagaan antarabangsanya, terutamanya daripada portfolio khususnya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, hasil bagi suku itu turun 0.5% kepada RM941.05 juta daripada RM945.35 juta setahun yang lalu, terutamanya diheret oleh perniagaan takaful keluarganya.

 

Perniagaan takaful amnya pula, menyaksikan hasil 1QFY25 meningkat 12.6% tahun ke tahun kepada RM198.6 juta hasil takaful lebih tinggi yang diperoleh daripada perniagaan motor dan kebakaran yang membantu meningkatkan keuntungannya sebanyak 54.2% tahun ke tahun kepada RM16.5 juta.

 

Firma penyelidikan itu berkata, untung bersih kumpulan itu secara keseluruhannya melonjak 44% dari tahun ke tahun disebabkan tuntutan yang lebih rendah pada suku tersebut.

 

Katanya, bahagian takaful am menyaksikan keuntungan bersihnya melonjak 69% didorong oleh hasil takaful yang lebih tinggi yang diperoleh daripada perniagaan motor dan kebakaran.

 

"Peningkatan itu bagaimanapun diimbangi penyusutan 5% untung bersih perniagaan takaful keluarganya, hasil daripada pengurangan alam perniagaan banktakafulnya," katanya.

 

Maybank IB mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM2.70 sesaham. - DagangNews.com