Maybank IB positif terhadap unjuran ringgit pada 2023 namun kekal berhati-hati terhadap risiko luaran | DagangNews Skip to main content

Maybank IB positif terhadap unjuran ringgit pada 2023 namun kekal berhati-hati terhadap risiko luaran

KUALA LUMPUR 5 Jan - Maybank Investment Bank Berhad (IB) positif terhadap unjuran ringgit untuk 2023 namun kekal berhati-hati mengenai risiko luaran yang memberi kesan kepada mata wang tempatan.

 

Ketua Penyelidikan dan Startegi Pertukaran Asing Kumpulan Maybank IB, Saktiandi Supaat berkata, faktor semasa telah meningkatkan nilai mata wang tempatan mungkin akan terus menyokon peningkatannya tahun ini.

 

“Pada November 2022, pemacu utama ringgit ialah pilihan raya umum dan ketidaktentuan politik, diikuti oleh (perkembangan di) China dan (pergerakan) dolar Amerika Syarikat (AS).

 

"Ringgit terus disokong sejak kebelakangan ini kerana kelemahan dolar AS diikuti pengukuhan Renminbi serta kekurangan ketidaktentuan politik," katanya semasa sesi penerangan Prospek Ekonomi 2023 secara dalam talian, hari ini.

 

Ketika ini ringgit berada pada paras RM4.40 berbanding dolar AS dan dijangka didagangka pada nilai RM4.25 dan RM4.15 pada 2QFY23 dan 3QFY23.

 

Pada masa sama, ringgit diunjur berada pada paras RM4.05 pada hujung 2023.

 

maybank
Saktiandi Supaat

 

Saktiandi berkata, kejatuhan harga komoditi pada 2022 mungkin membebankan ringgit, tetapi impaknya harus dikurangkan kerana imbangan perdagangan kesan daripada pembukaan semula sempadan China.

 

“Faktor luaran lain, seperti penyusutan kekuatan dolar AS, dan kejatuhan hasil Perbendaharaan AS, sepatutnya menyokong ringgit pada 2023.

 

"Unjuran ringgit seharusnya positif walaupun kami sentiasa berwaspada terhadap risiko seperti kadar Fed yang lebih tinggi atau kemelesetan ekonomi," katanya.

 

Beliau berkata, bagi dolar AS, ia dijangka merosot 'lebih jelas' apabila pasaran buruh menjadi semakin lemah dan Fed menghentikan kenaikan kadarnya pada 1HFY23.

 

Beliau berkata, 2HFY23 akan menyaksikan pertemuan faktor yang membebankan dolar termasuk pemulihan Eropah daripada kemelesetan, China bebas daripada COVID-19, kadar faedah AS memuncak dan inflasi dalam keadaan sederhana dan Bank Jepun mengetatkan dasar mereka.

 

“Justeru, dolar AS dijangka tidak sekuat 2022.

 

“Bagaimanapun, risiko kepada pandangan kami kekal, seperti kemelesetan ekonomi AS yang mendadak melemahkan ketegangan Rusia-Ukraine yang boleh mendorong dolar AS berada dalam keadaan tidak menetu," katanya. - DagangNews.com