KUALA LUMPUR 7 Dis - MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) akan mengadakan acara rekreasi awam, 'MBSB Bank Pit Stop' yang bertujuan untuk menghubungkan dan melibatkan diri dengan masyarakat.
Acara itu akan dijalankan di Putrajaya pada 10 hingga 11 Disember 2022 dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, pihaknya berharap dapat menyediakan acara yang berbeza untuk orang ramai datang dan melihat apa yang ditawarkan oleh MBSB Bank.
"Dengan sambutan yang baik daripada orang ramai, kami berharap dapat mengulangi acara itu pada tahun hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, MBSB Bank Pit Stop akan menjadi acara mini karnival yang diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan untuk keluarga dan individu, terutamanya peminat sukan.
MBSB Bank juga akan mengadakan acara cabutan bertuah dengan menawarkan hadiah 'wireless earphone', jam tangan pintar dan basikal lipat kepada pemenang.
Untuk maklumat lanjut tentang MBSB Bank Pit Stop, lawati www.mbsbbank.com. - DagangNews.com