Mekar Angkut tambah 15 unit trak MAN TGS berkuasa Euro V baharu | DagangNews Skip to main content

Mekar Angkut tambah 15 unit trak MAN TGS berkuasa Euro V baharu

Pengerusi Eksekutif Mekar Angkut, Che Ibrahim Che Ismail menaiki trak MAN TGS berkuasa Euro V baharu
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Mekar Angkut Sdn Bhd yang berpangkalan di Kota Bahru telah menerima 15 unit penggerak utama MAN TGS berkuasa Euro V baharu bagi memperkembangkan perniagaan pengangkutannya.

 

Trak MAN syarikat itu terdiri daripada 10 unit varian MAN TGS 4x2 digunakan sebagai pembawa kereta dan lima unit varian 6x2 digunakan sebagai trak tangki untuk mengangkut minyak sawit.

 

Pengerusi Eksekutif Mekar Angkut, Che Ibrahim Che Ismail berkata syarikat tersebut mempunyai pengalaman yang baik dengan prestasi dan kebolehpercayaan Bas MAN bagi perniagaan bas ekspresnya, Ekspres Mutiara.

 

 

(Dari kiri) Andrew O'Brooks dan Che Ibrahim Che Ismail
(Dari kiri) Andrew O'Brooks dan Che Ibrahim Che Ismail

 

 

“Pada mulanya, terdapat sedikit keraguan mengenai sokongan lepas jualan kerana kami berpangkalan di Kota Bahru.

 

“Bagaimanapun, selepas melihat sendiri persediaan dan pelaburan semasa syarikat MAN Malaysia di Shah Alam dan menerima komitmen kukuh daripada pengurusannya, saya yakin bahawa kami telah membuat pilihan yang tepat,” ujar beliau pada majlis penyerahan ringkas yang diadakan di ibu pejabat bersepadu baharu MAN Malaysia di Shah Alam.

 

Trak MAN dengan enjin Euro V sebagai standard, mendahului dalam orientasi pemandu, kecekapan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan paling penting, kemampanan.

 

Maklumat lanjut tentang MAN, boleh dilayari di laman web www.man.com.my - DagangNews.com

 

 

MAN Malaysia