Membangunkan kepakaran tenaga akademik melalui “Kumpulan Kepentingan Strategik” | DagangNews Skip to main content

Membangunkan kepakaran tenaga akademik melalui “Kumpulan Kepentingan Strategik”

Oleh Mohd Azlan Abd. Majid dan Afizan Amer

KEBANYAKAN ahli akademik perlu bekerjasama antara mereka untuk merangka bentuk perkhidmatan yang berkualiti melalui pembinaan kapasiti yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan dan realiti khusus setiap organisasi akademik hari ini.

 

Ini seharunya bermula dengan menjalankan penilaian ke atas organisasi yang mereka bekerja secara menyeluruh untuk lebih memahami kekuatan, cabaran, konteks dan budaya setiap organisasi ilmu itu.

 

Usaha ini membolehkan tahap kepercayaan dan wawasan organisasi dilaksanakan dengan  lebih mendalam. Ini akan membolehkan mereka membentuk bersama strategi dan penyelesaian yang lebih baik untuk memajukan matlamat sebuah organisasi yang bergelar institusi pengajian tinggi.

 

Strategi pembinaan kapasiti akan memperkukuhkan pengalaman ahli akademik dalam menyediakan menu perkhidmatan dan kemahiran yang komprehensif.

 

 

parafrasa

 

Melalui pembinaan Kumpulan Kepentingan Strategic atau Strategic Interest Group (SIG) perancangan strategik sesebuah institusi pendidikan tinggi itu akan lebih terancang.

 

Melalui SIG kumpulan ahli akademik yang terbentuk akan diperkenalkan dengan alat dan teknik inovatif yang membantu organisasi untuk berfikir dan bertindak secara strategik, menyatakan visi yang kuat dan kukuh untuk masa depan dan membangunkan strategi proaktif untuk mencapai matlamat mereka.

 

Proses tersebut termasuk mengkaji kekuatan dan kelemahan organisasi, membentuk strategi penglibatan pihak berkepentingan, menjalankan penyelidikan amalan terbaik dan analisis canggih tentang arah aliran dan peluang pengukuhan pendidikan yang industri perlukan.

 

Melalui pembinaan kumpulan SIG juga perancangan peralihan kepimpinan di dalam sesebuah institusi ilmu itu akan lebih terancang. Mencari seorang ketua pusat pengajian atau seorang pengarah pusat kajian baharu untuk institusi pengajian bukanlah kerja sehari dua.

 

Ia merupakan tugas yang sangat penting dan ia boleh kelihatan menakutkan kerana ia akan mempengaruhi prestasi sesebuah institusi.

 

parafrasa


 

Melalui pembinaan kumpulan SIG di dalam institusi pengajian tinggi, satu usaha mengambil pendekatan yang komprehensif akan terlaksana dan ini membantu organisasi menyatakan kemahiran dan sifat yang diperlukan dalam pimpinan seterusnya dan mereka akan membentuk strategi pengambilan, pemilihan dan orientasi yang sesuai untuk institusi ilmu berkenaan.

 

Selain itu pembinaan kumpulan SIG di dalam institusi pengajian tinggi dapat menggarap latihan kemahiran kepimpinan dalam kalangan tenaga akademik di institusi pengajian tinggi.

 

Pertumbuhan dan perkembangan pemimpin serta perubahan sosial seharusnya menjadi strategi penting untuk mengembang dan memperkukuhkan pergerakan sesebuah institusi pengajian tinggi.

 

Membangunkan kurikulum dan menjalankan pelbagai program latihan untuk pemimpin yang baru muncul dan kurang berpengalaman merangkumi topik seperti membangunkan amalan kepimpinan reflektif, membina kemahiran kecerdasan emosi dan mengurus inisiatif perubahan besar seharunya menjadi tumpuan dalam pembinaan sesebuah SIG.

 

Pembinaan sesebuah SIG juga amat membantu sesebuah institusi pengajian tinggi itu menangani perubahan budaya organisasi agar kekal relevan dengan perubahan persekitaran dunia keilmuan.

 

Strategi ini adalah untuk membantu kumpulan penyelidik dan ahli akademik sesebuah berkembang keilmuannya dan menjadi sebuah organisasi pembelajaran dengan keupayaan untuk mengharungi cabaran yang berkaitan dengan pertumbuhan pesat dan perubahan ke arah strategik dengan berkesan yang kekal berzaman. 


 

parafrasa


 

Pembinaan SIG akan membantu organisasi menjadi makmal inovasi, menguji idea dan strategi baharu yang boleh mencapai impak yang lebih besar di persada dunia antarabangsa.

 

Pembinaan kumpulan SIG ini merintis pendekatan baharu yang menarik dan membina institusi yang telus dan demokratik serta memajukan kepimpinan di semua peringkat organisasi akademik.

 

Adakalanya di dalam memacu kemajuan sesebuah institusi penyelidikan itu, satu kajian kebolehlaksanaan perlu dijalankan terlebih dahulu. Ini dapat membantu ketidak tentuan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan yang kompleks dan cepat berubah ini.

 

Pembinaan sesebuah kumpulan SIG di dalam institusi pengajian tinggi dapat menggalakkan ahlinya  mengamalkan pandangan jauh lebih strategik.

 

Organisasi seperti institusi pengajian tinggi pada hari ini perlu terus menilai strategi mereka, menjangka peluang dan ancaman strategik, dan terus menyesuaikan diri dan berinovasi untuk mencapai tahap impak yang lebih tinggi.


 

parafrasa

 


Pembinaan kumpulan SIG membantu organisasi seperti institusi pengajian tinggi membentuk kajian kebolehlaksanaan dan strategi lain untuk menguji idea dan pendekatan baharu yang boleh menguatkan impak sesebuah perancangan baik untuk jangka masa panjang mahu pun pendek.

 

Pembinaan kumpulan SIG di dalam sesebuah institusi pengajian tinggi juga akan memberikan penilaian nilai  dan penilaian impak yang jelas bagi institusi itu.

 

Ini akhirnya akan membantu organisasi menjalankan analisis komprehensif untuk menentukan keperluan komuniti dan menilai keberkesanan program. – DagangNews.com

 

 

Mohd Azlan Abd. Majid adalah Pensyarah Kanan Ekonomi dan Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.