PADA 31 Ogos 2023, negara menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 dengan bertemakan Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan dengan penuh gilang gemilang di Putrajaya.
Tema ini dipilih mendasari tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera.
Hayati semula rukun negara
Dalam situasi semasa bersama pemerintah kerjaan perpaduan ini, semua pihak sama ada kerajaan atau rakyat perlu menghayati semula rukun negara bagi membentuk satu perpaduan rakyat Malaysia yang baik.
Rukun Negara diisytiharkan secara rasmi oleh Yang Di Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ketika itu. Rukun Negara merupakan satu ideologi negara di sebabkan permusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Elak permusuhan dan perbalahan kaum
Jika kerajaan, parti politik dan rakyat betul-betul mengambil Sejarah 13 Mei dan menghayati rukun negara dengan 5 prinsip utama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Pelembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan menjadi pengangan kerajaan dan rakyat, pastinya perpaduan yang erat dan saling menghormati satu cara hidup setiap kaum dan masyarakat dapat dicapai. Ini kelebihan Malaysia yang mampu duduk di bawah satu “bumbung’ walupun berbilang kaum.
Di Amerika Syarikat contohnya, perbezaan warna kulit juga menjadi isu perpaduan yang kritikal yang sukar di selesaikan.
Perbezaan kaum kulit putih dan hitam yang menjadi isu perpaduan sehingga kini masih gagal di selesaikan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Pembunuhan George Floyd pada Mei 2020 baru-baru ini terus mengundangkan krisis kaum kulit hitam dan putih di Amerika Syarikat.
Berbeza di Malaysia yang mana kita ketepikan perbezaan kaum, agama, wilayah dan status sosial untuk untuk hidup secara aman dan harmoni di negara ini.
Semua agama menuntut membuat kebaikan
Berlandaskan kepada prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, prinsip ini yang paling penting dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.
Perlembangaan Persekutuan melalui Pekara 3 (1) menyatakan Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Ini bermaksud setiap individu mempunyai hak mengamalkan ajaran agama masing-masing secara aman dan harmoni.
Namun dalam semua masyarakat mengamalkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan menerusi agama masing-masing terdapat juga golongan masyarakat yang masih belum memerdekakan jiwa mereka dengan kepercayaan ini.
Sebagai contoh, Pertubuhan lesbian gay, biseksual dan transeksual (LBGT) memperjuangkan supaya Seksyen 377A-D Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabi’i dimansuhkan. Semua agama menolok aktiviti LGBT ini kerana aktiviti ini memang bertentangan dengan kepercayaan kita kepada tuhan bagi semua agama.
Rakyat perlu taat kepada raja
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu ketahui Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara dan lambang perpaduan rakyat dan rakyat perlu setia kepada raja. Rakyat berbilang kaum dan agama bernaung di bawah kebijaksanaan Tuanku dalam memelihara dan melindungi hak semua rakyat secara adil dan saksama.
Kesetian kepada raja dan negara ini telah lama berlaku dalam masyarakat kita semenjak zaman melayu Melaka lagi. Sejarah Hang Tuah patut dijadikan tauladan buat kita semua yang mana semasa beliau dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah atas tuduhan yang belum dibuktikan kebenaranya, beliau langsung tidak menentang hukuman tersebut sebaliknya menerimanya dengan penuh taat. Inilah taat setianya rakyat kepada raja dan negara.
Berbeza dengan senario masyarakat kita hari ini apabila ada individu yang sanggup mengutuk, menfitnah, menyebar khabar angin yang tidak baik hatta menconteng potret raja. Jika prinsip kesetian kepada raja ini di hayati sebaiknya, pastinya hal ini tidak akan berlaku. Di manakah kemerdekaan jiwa individu ini?
Perlembagaan negara perlu dihormati
Menyelosori Kemerdekaan tahun yang ke-66 ini banyak ranjau dan likunya buat negara dalam menzahirkan keluruhan masyarakat kepada pelembangaan negara. Di dalam perlembagaan negara kita, telah termaktub hak-hak rakyat yang mesti dihormati oleh semua pihak.
Selagi mana masyarakat menghormati hak-hak ini yang memberi layanan secara adil dan saksama kepada semua warga negara, maka keharmonian negara kita akan sentiasa terpelihara.
Semuanya golongan masyarakat akan mendapat hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Negara dan tidak ada mana-mana individu yang tertinggal dan terkecuali dalam menikmati hak dan melaksanakan tanggungjawab sebagai warga negara.
Tuntutan golongan Cina melalui Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (SUQIU) dan kaum India pula melalui Tuntutan Hindraf yang mencabar Pekara 153 Perlembagaan Persekutuan dalam membincangkan keistimewaan kaum Melayu (bumiputera) tidak seharusnya berlaku.
Masyarakat majmuk negara kita belum benar-benar bebas jiwanya dalam mempertahankan janji ikrar Keluhuran Pelembangaan yang termaktub dalam Rukun Negara yang ketiga ini.
Tiada siapa yang “kebal” dengan undang-undang
Keharmonian negara yang di capai hari ini kadangkala dicemari oleh tindakan individu yang masih belum memahami dan menghayati Kedaulatan Undang-Undang. Prinsipnya sangat mudah, tidak ada sesiapa pun di dalam negara ini yang terkecuali dari undang-undang dari pemimpin negara hinggalah golongan masyarakat biasa.
Jika seseorang didapati melanggar undang-undang, maka tindakan yang setimpal akan diambil dengan tegas tanpa pilih kasih.
Kesopanan dan kesusilaan cermin rakyat Malaysia
Bagi mengekalkan perpaduan negara hari ini dicapai secara harmoni, prinsip yang juga penting ialah kesopanan dan kesusilaan. Kita masyarakat Malaysia yang sangat terkenal dengan budi dan pererti yang baik sama ada dari segi perlakuan atau pun pertuturan.
Kebebasan bersuara adalah satu hak, tetapinya bukannya alasan untuk menyebarkan fitnah ataupun pembohongan sesuka hati.
Kebebasan bersuara yang disalah guna untuk berbohong hanya akan menimbulkan persepsi buruk dalam masyarakat dalam penyebaran beritahu palsu adalah salah mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara setahun kepada pesalah kes ini. Jaga adab dan jaga kata-kata dan tulisan di media sosial.
Audit diri, sudah merdekakah kita?
Dalam menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini, sama-sama kita audit diri sama ada kita sudah memerdekakan jiwa kita atau pun belum.
Setiap individu perlu menanam di jiwa sanubari mereka dengan nilai-nilai kebaikan yang sentiasa mengajak untuk saling hormat-menghormati dan kasih-mangasihi sesama manusia, apatah lagi sesama warga negara.
Nilai-nilai kebaikan inilah yang mesti sentiasa dipupuk dan di suburkan di dalam masyarakat demi mempereratkan perpaduan sesama kita bak kata pepatah, sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk! - DagangNews.com
Nik Nur Shafika Mustafa adalah Pensyarah Kewangan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor