SHAH ALAM 13 Mac – Menjana keuntungan dengan Scania adalah lebih mampu milik daripada yang disangka oleh ramai orang. Bersempena sambutan 50 tahun pertama (F50Y) di Malaysia, Scania akan melancarkan promosi amat menarik untuk trak yang dipesan dan dihantar antara Januari hingga Disember 2021.
Bermula dengan harga atas jalan serendah RM6,888 hingga RM11,118 sebulan, anda boleh memiliki sebuah ‘New Truck Generation’ dari Scania untuk lima penggunaan yang berbeza. Perkhidmatan kewangan adalah tertakluk kepada kelulusan kredit, serta terma dan syarat.
Harga atas jalan yang bermula dari RM9,888 sebulan termasuk insurans dan cukai jalan dengan kontrak Pembaikan & Penyelenggaraan adalah untuk pengangkutan kontena Scania. Khusus untuk kargo am, pengangkutan pukal dan pengangkutan tanker, kontrak ini disertakan dengan insurans dan cukai jalan termasuk perkhidmatan Penyelenggaraan selama 5 tahun.
Ketiga-tiga jenis pengangkutan ini sangat sesuai untuk penghantaran muatan berat jarak jauh. Harga atas jalan yang bermula dari RM11,118 sebulan termasuk insurans dan cukai jalan serta perkhidmatan Penyelenggaraan selama 5 tahun adalah untuk Scania XT Tipper. Trak jongket (tipper) ini sesuai digunakan dalam persekitaran lasak dan dapat menyelesaikan kerja dengan mudah.
Akhir sekali, harga atas jalan yang bermula dari RM6,888 sebulan termasuk insurans dan cukai jalan serta perkhidmatan Penyelenggaraan selama 2 tahun adalah untuk trak kejur (rigid) berbadan kotak Scania. Reka bentuk trak ini amat sesuai untuk penghantaran dari pintu ke pintu dalam persekitaran bandar.
Bagi mereka yang layak, Scania Credit dapat menyediakan sewa beli yang sesuai bagi memenuhi kemampuan pelanggan. Sebilangan besar pelanggan sedia ada kami dapat membuktikan bahawa mereka memperoleh pulangan
pelaburan yang baik.
Trak Scania terkenal dengan penjimatan bahan api yang terunggul, serta keselamatan dan kebolehpercayaan dalam pelbagai penggunaan. Ia juga direka untuk memberi kecekapan dalam keseluruhan kos operasi selain
meningkatkan keuntungan perniagaan.
Melalui kerjasama Scania Ecolution, para pengendali juga dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2)
dalam usaha memainkan peranan mereka untuk alam sekitar.
“Scania akan terus menerajui peralihan ke arah sistem pengangkutan mampan melalui langganan penyelesaiannya yang menyeluruh. Semua ini telah membantu pelanggan kami mencapai matlamat memaksimumkan
keuntungan sambil meminimumkan jejak karbon mereka,” kata Daniel Tan, Pengarah Jualan Scania Asia Tenggara. - DagangNews.com