Mentarang, belangkas bakar jadi tarikan di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor | DagangNews Skip to main content

Mentarang, belangkas bakar jadi tarikan di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor

Pekerja Faridah Mentarang Bakar Sekinchan membakar mentarang, belangkas dan lokan di Jelajah AKM Selangor di pekarangan Stadium Shah Alam pada 21 Ogos 2022
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

SHAH ALAM 21 Ogos - Orang ramai boleh menikmati makanan laut istimewa yang terkenal di kawasan Sekinchan sempena penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor yang berlangsung di pekarangan Stadium Shah Alam selama tiga hari, bermula 19 Ogos 2022.

 

Makanan laut seperti mentarang dan belangkas bakar yang terdapat di gerai Faridah Mentarang Bakar Sekinchan menjadi tumpuan dengan kelazatannya tersendiri.

 

Menurut pemilik perniagaan itu, Sazali Zainal, 64, mentarang bakar amat popular di kawasan sekitar Sabak Bernam dan Sekinchan kerana ia merupakan makanan tradisi di situ.

 

"Rasa mentarang ini lebih sedap daripada kerang sebenarnya. Isinya yang lembut dicicah bersama sos cili resipi kami sendiri," katanya ketika ditemui DagangNews hari ini.

 

Menurut Sazali, dia memulakan perniagaan mentarang bakal sekitar tahun 2010 di sebuah gerai kecil tepi jalan di Sekinchan.

 

 

lokan
Sazali Zainal menunjukkan belangkas bakar dan mentarang bakar di gerainya di Jelajah AKM Selangor

 

 

"Pada asalnya saya hanya menjual pisang goreng dan cucur udang. Ada pelanggan meminta saya menjual mentarang. Selepas itu baru saya menjual mentarang setelah membuka kedai makanan sendiri dan terus mendapat permintaan hingga kini," katanya.

 

 

lokan
Lokan bakar dan kerang bulu bakar yang terdapat di gerai Faridah Mentarang Bakar Sekinchan di Jelajah AKM Selangor.

 

 

Katanya, selain mentarang dan belangkas bakar, gerainya turut menawarkan hidangan lokan bakar dan kerang bulu bakar.

 

Harga bagi mentarang bakar dijual pada RM20 sepinggan, manakala lokan, kerang dan belangkas bakar saiz kecil dijual pada harga RM15. - DagangNews.com