Meraikan kejuaraan ke-19 Liverpool | DagangNews Skip to main content

Meraikan kejuaraan ke-19 Liverpool

ARM

 

 

 

 

Oleh All Reds Malaysia, kelab rasmi penyokong Liverpool Malaysia 

 

Selepas 30 Tahun 

Tiga puluh tahun bukan tempoh yang sekejap. Apa sahaja boleh berlaku dalam tiga dekad. Dunia berubah, sambil mencatat sejarah. Dan selepas 30 tahun, sejarah tercipta.

arm4


Sejarah menyaksikan inilah tahun paling menggembirakan penyokong Liverpool di serata dunia. Bukan kepalang sedikit yang mengikuti sejarah dan kemajuan kelab bola sepak penuh tradisi ini. Selepas menguasai Eropah musim lepas, mereka hanya mahukan satu lagi takhta, di England.
 

Usai kemenangan bergaya perlawanan liga yang sekian waktu tertangguh akibat pandemik virus yang menyerang dunia, menentang Crystal Palace, penyokong Liverpool hanya mahukan dua perkara.

Mengutip sekurang-kurangnya satu mata di perlawanan seterusnya bertemu penyandang juara, Manchester City atau mengharapkan Chelsea terlebih dahulu mengecewakan the Citizens di perlawanan berikutnya.
 

Impian tercapai, anak buah Frank Lampard menewaskan pasukan Pep Guardiola. Juara Liga Perdana Inggeris 2019/20, yang sebelum ini dalam jangkauan sah dalam tangan.

Lalu bagaimanakah cara kita meraikannya?
 

Di Malaysia, medium media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter menjadi medan untuk kita meraikannya. Sama ada sekadar berkongsi pautan dan imej grafik, memuatnaik gambar bersama jersi kelab kesayangan bersama tanda pagar dan kapsyen kegembiraan mahu pun menyelit gurauan terhadap penyokong-penyokong kelab seteru liga yang lain.

Tak dapat dinafikan ramai di antara kita penyokong di sini yang baru kali pertama merasai nikmat menjadi penyokong kelab yang bergelar juara liga, tak kurang juga yang pernah merasainya kali terakhir tahun 1990 dahulu. Tapi kesemua kita pasti ada berkongsi perasaan yang sedikit janggal.


 

arm2
ANTARA ahli ARM di Lembah Klang yang menyertai acara tonton perlawanan Liverpool secara langsung di sebuah restoran di Kelana Jaya (gambar sebelum era COVID-19). 

 

Inilah kali pertama kita semua melihat sambutan kejuaraan yang sederhana dek kerana kebiasaan baharu kesan daripada Pandemik COVID-19. Liverpool masih menantikan waktu yang sesuai untuk mengadakan perarakan mengelilingi bandar rayanya seperti sewaktu memenangi Liga Juara-juara Eropah musim lepas.

Tiada di antara kita yang dapat berkumpul beramai-ramai untuk menyorak detik kejuaraan, apatah lagi jadual perlawanan yang berubah, disesuaikan dengan akibat penangguhan liga.

Pun itu bukan penghalang dari kita untuk terus mengibarkan rasa bangga. Dapat dilihat, ramai memilih untuk menyarung jersi Liverpool di tempat kerja, menjalani urusan seharian malahan ada yang mengibarkan bendera gencana kelab di kereta dan di rumah masing-masing!


 

arm2
Ahli-ahli ARM bergambar di hadapan stadium keramat Anfield, Liverpool pada 2018.

 

Penyokong saling senyum dan bersapa tanda kesepakatan meraikan kemenangan ini. Inilah juga masanya untuk kita mendabik dada bahawa Liverpool pasukan yang konsisten, selayaknya menjuarai Liga Perdana Inggeris selepas hanya satu mata ditewaskan Manchester City musim lepas.


Kini apa yang dinantikan kesempatan untuk para penyokong, bersama kelab penyokong rasmi atau bukan, berkumpul bersama berkongsi kegembiraan setidak-tidaknya untuk perlawanan terakhir liga musim ini jika diiziankan dengan waktu dan keadaan.

Dan semoga kemenangan liga musim ini dapat memberikan faedah dari segenap segi, sama ada pertambahan ahli, jalinan kerjasama yang lebih meluas dan skekuatan nilai komersial kepada Kelab Penyokong Rasmi All Reds Malaysia demi faedah bersama.

 

arm3

 

Terus jaga diri, jaga penjarakkan sosial, patuhi SOP kerana kita penyokong Liverpool dan juga penyokong kelab lain, masih belum menang melawan Covid19.


Pada 23 Julai 2020, berlangsung majlis menandantangani MoU antara syarikat pengedar barangan sukan terkemuka, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan) dengan All Reds Malaysia dan dua lagi kelab penyokong rasmi Liverpool di negara ini.

 

arm5

 

arm6arm7arm8

 

Majlis disaksikan oleh Menteri Kewangan Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz yang sememangnya diketahui ramai sebagai antara menteri yang menjadi penyokong tegar Liverpool.

ARM diwakili oleh presiden, Muzili Aznor Musa manakala Al-Ikhsan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Vach Pillutla yang meneruskan diskaun istimewa 20% kepada ahli-ahli ARM untuk membeli bukan sahaja barangan Liverpool tetapi apa sahaja barangan sukan di semua kedai Al-Ikhsan di seluruh negara.

 

arm9


Ahli-ahli ARM yang hadir memeriahkan acara itu semalam, turut mengambil kesempatan meraikan kejuaraan Liverpool pada majlis yang diadakan di Football Republic, Sunway Pyramid itu. – DagangNews.com