Mercedes-Benz Malaysia lantik Nadia Trimmel sebagai Naib Presiden Pemasaran & Jualan | DagangNews Skip to main content

Mercedes-Benz Malaysia lantik Nadia Trimmel sebagai Naib Presiden Pemasaran & Jualan

Oleh Syaza Norazharuddin

KUALA LUMPUR 25 Julai - Mercedes-Benz Malaysia melantik Nadia Trimmel sebagai Naib Presiden Pemasaran & Jualan, Mercedes-Benz Cars Malaysia & SEA II berkuatkuasa pada 1 Julai 2024.

 

Sebagai kepimpinan kanan baharu beliau untuk mengemudi operasi pemasaran dan jualannya.

 

Trimmel mula berkhidmat di Mercedes-Benz pada 2014 sebagai Pengurus Besar Jualan dan memainkan peranan penting sebagai ahli penting Jawatankuasa Eksekutif Mercedes-Benz Afrika Selatan sejak 2017.

 

Dalam kenyataan media, Trimmel berkata, beliau berharap dapat bekerjasama dengan pasukan, rakan kongsi runcit syarikat, dan pelbagai pihak berkepentingan bagi mengukuhkan kedudukan pasaran Mercedes-Benz melalui jualan strategik yang inovatif dan inisiatif pemasaran mengutamakan pelanggan.

 

"Saya yakin secara bersama, kami akan mewujudkan standard kejayaan baharu untuk Mercedes-Benz di rantau ini, sambil mengekalkan pelanggan kami di tengah-tengah apa yang kami lakukan,” ujar beliau. 

 

Trimmel merupakan pemegang ijazah sarjana muda Pemasaran dan Ekonomi dari University of the Witwatersrand dan MBA dari Manchester Metropolitan University. 

 

Dengan pengalaman beliau dalam industri automotif yang menjangkau hampir 25 tahun, Trimmel memainkan peranan penting dalam kejayaan van dan merupakan sebahagian daripada pasukan kepimpinan eksekutif Mercedes-Benz Afrika Selatan.

 

Tambahan pula, Trimmel telah membimbing operasi perniagaan Mercedes-Benz Vans dan memacu kejayaan pelbagai inisiatif strategik, kemajuan produk, pengoptimuman proses dan meneraju peralihan pasaran pertama semasa perkhidmatan beliau di Afrika Selatan. 

 

Menurut Mercedes-Benz, pengoptimuman strategik sumber beliau adalah penting untuk mencapai sasaran jualan dan objektif kewangan. 

 

"Kepimpinan Trimmel menunjukkan komitmen kami untuk memupuk persekitaran pasukan padu dan memenuhi matlamat prestasi tinggi serta menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan mampan,” katanya.

 

Beliau menggantikan Bettina Plangger yang akan mengambil alih tugasan projek strategik di Stuttgart, Jerman. - DagangNews.com