Mesiniaga terima kontrak Perkeso bernilai RM31 juta untuk selenggara DC, DRC | DagangNews Skip to main content

Mesiniaga terima kontrak Perkeso bernilai RM31 juta untuk selenggara DC, DRC

 

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 18 Nov - Mesiniaga Bhd. diberi kepercayaan untuk menyelenggara perkakasan dan perisian secara komprehensif untuk pengeluaran, persekitaran pembangunan dan pemulihan bencana di Pusat Data (DC) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) selepas menerima surat lantikan (LOA) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). 

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata jumlah nilai kontrak berkenaan ialah RM31.16 juta termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan tempoh kontrak itu adalah dari 29 Nov, 2021 hingga 28 Jun, 2027.

 

Syarikat itu memberitahu, kontrak itu tidak mempunyai peruntukan pembaharuan secara automatik 

 

“Lembaga Pengarah syarikat berpendapat bahawa kontrak tersebut dalam urusan perniagaan biasa dan untuk kepentingan syarikat.

 

“Kontrak itu tidak akan menjejaskan modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

 

"Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021 dan seterusnya sehingga tamat kontrak,” katanya.-Dagangnews.com