Metronic lantik Tengku Ab Hadi Tengku Mustafa sebagai pengerusi bebas, bukan eksekutif | DagangNews Skip to main content

Metronic lantik Tengku Ab Hadi Tengku Mustafa sebagai pengerusi bebas, bukan eksekutif

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 6 Feb - Metronic Global Bhd telah melantik Tengku Ab Hadi Tengku Mustafa sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutif bagi syarikat penyedia sistem pengurusan bangunan dan keselamatan berkuatkuasa 5 Februari 2024.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Metronic berkata, Tengku Ab Hadi, 54, berkhidmat sebagai pengarah Oakhurst Energy Pt Ltd, sebuah syarikat berpangkalan di Singapura yang memberi tumpuan kepada pemerolehan aset minyak dan gas (O&G).

 

Selain Metronic, Tengku Ab Hadi juga menganggotai lembaga pengarah TSR Capital Bhd sebagai pengarah eksekutif.

 

"Tengku Ab Hadi memulakan kerjayanya sebagai penolong pengurus besar di sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) tempatan, Medical Online Sdn Bhd, yang berurusan terutamanya dalam projek kesihatan IT daripada kerajaan, dan dinaikkan pangkat sebagai pengurus besar dalam tempoh setahun," kata Metronic.

 

Pada 2002, beliau telah dilantik sebagai pengarah pembangunan perniagaan di Tiaraview Management Sdn Bhd, di mana beliau telah didedahkan dengan pemandangan hartanah dan pembinaan tempatan yang rancak.

 

Pada 2007, beliau dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat Korea Selatan GS Holdings untuk cawangan mereka di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Phobees Sdn Bhd, yang mengendalikan projek bernilai berjuta-juta dalam IT dan industri O&G untuk rantau Asean,” kata Metronic. - DagangNews.com