Microlink raih kontrak RM56.45 juta daripada Bank Islam Brunei | DagangNews Skip to main content

Microlink raih kontrak RM56.45 juta daripada Bank Islam Brunei

Microlink Solutions Bhd memperoleh kontrak RM56.45 juta daripada Bank Islam Brunei Darussalam Bhd (BIBD).
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 26 April - Microlink Solutions Bhd memperoleh kontrak RM56.45 juta daripada Bank Islam Brunei Darussalam Bhd (BIBD) untuk projek melaksanakan dan menyelenggara sistem perbankan teras baharu bagi bank itu.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Microlink berkata, kontrak tersebut diraih anak syarikat milik penuhnya, Microlink Systems Sdn. Bhd. yang telah memeterai perjanjian pembekalan perisian, perkhidmatan dan penyelenggaraan dengan BIBD pada 24 April 2024.

 

Menurutnya, projek itu adalah untuk tempoh selama enam tahun dengan satu tahun pelaksanaan dan lima tahun untuk penyelenggaraan dan sokongan, bermula dari 24 April 2024.

 

micro

 

"Nilai keseluruhan projek ialah Dolar Brunei (BND) $16.07 juta, bersamaan RM56.45 juta berdasar pertukaran $1BND = RM3.5124," kata Microlink.

 

Microlink menjangkakan kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada hasil, pendapatan sesaham dan aset bersih sesahamnya untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

 

"Projek ini tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham Syarikat," katanya. - DagangNews.com