MIDF kekalkan saranan 'jual' saham Tiong Nam | DagangNews Skip to main content

MIDF kekalkan saranan 'jual' saham Tiong Nam

Tiong Nam Logistics Holdings Berhad

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 28 Sept. - MIDF Research mengekalkan saranan 'jual' saham syarikat industri pengangkutan dan logistik, Tiong Nam Logistics Holdings Berhad (Tiong Nam).

MIDF Research berkata, saranan itu dibuat berdasarkan kepada prestasi semasa syarikat berkenaan.

"Kami berpendapat bahawa syarikat tersebut tidak mempunyai pemangkin penentuan semula dalam masa terdekat terutamanya dalam segmen hartanah dengan baki Nilai Pembangunan Kasar (GDV) belum terjual melebihi RM300 juta pada 30 Disember 2019.

"Kami percaya bahawa Tiong Nam akan menghadapi kesukaran untuk melancarkan projek Kota Masai pada waktunya pada separuh kedua tahun kewangan 2021 memandangkan sebahagian besar projek hartanahnya adalah terletak di Johor," jelas MIDF Research.

Pada tahun kewangan 2019, Johor menyaksikan penurunan kadar penghunian pejabat sebanyak 10.4% yang jauh lebih tinggi daripada Pulau Pinang yang mengalami penurunan 1.4%.

Tambah MIDF Research, pihaknya mengekalkan saranan 'jual' saham syarikat berkenaan dengan mengambil kira faktor penarafan semula berdasarkan kepada pemulihan yang lebih pantas daripada jangkaan akibat wabak serta pengambilan pasaran hartanah di Johor.

Tiong Nam baru-baru ini membuat pelaburan kira-kira RM200.0 juta untuk perbelanjaan modal bagi pembinaan tiga gudang baharu dan pengembangan armada traknya.

Gudang baharu syarikat tersebut terletak di Senoko, Singapura, Pasir Gudang dan Kempas di Johor.

Sebanyak 90% modal pelaburan dianggarkan akan diperuntukkan untuk pembinaan gudang seluas 190,000 kaki persegi di Singapura.

Manakala 10% lagi dipertuntukkan untuk gudang yang lebih kecil di Johor dan trak baharu kumpulannya.

MIDF Research turut mengakui masih terlalu awal untuk pihaknya membuat jangkaan pendapatan terhadap pelaburan modal RM200.0 juta tersebut.

Oleh itu, MIDF Research mengekalkan anggaran pendapatan tahun kewangan 2021 hingga 2022 selain turut mengekalkan harga sasaran sesaham (TP) pada RM0.31. - DagangNews.com