MIDF Research kekal unjuran purata kadar pengangguran 3.5% pada tahun ini | DagangNews Skip to main content

MIDF Research kekal unjuran purata kadar pengangguran 3.5% pada tahun ini

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Mei - MIDF Research mengekalkan unjuran purata kadar pengangguran sebanyk 3.5% pada 2023.

 

Firma itu berkata, pasaran buruh di Malaysia dijangka terus mengukuh pada 2023 disokong oleh momentum positif yang berterusan dalam ekonomi domestik dan pengembangan sederhana dalam sektor luar.

 

Firma itu menjangkakan kadar pengangguran Malaysia akan menurun lagi kepada 3.5% namun lebih tinggi sedikit daripada paras pra-pandemik sebanyak 3.3%.

 

"Pengembangan positif dalam sektor utama serta pembinaan dan perkhidmatan akan meningkatkan lebih banyak peluang pekerjaan tahun depan.

 

"Tenaga kerja dan guna tenaga diramalkan meningkat masing-masing sebanyak 1.6% tahun ini," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, Jabatan Perangkaan mendedahkan bahawa bilangan penganggur terus mencatatkan penurunan 3.5% kepada 588,700 orang pada Mac 2023 berbanding 591,900 yang dicatatkan pada Februari 2023.

 

BACA JUGA: Bilangan penganggur terus menurun kepada 588,700 orang pada Mac 2023 - DOSM

 

Kedudukan ekonomi yang optimis pada Mac 2023 telah membolehkan pasaran buruh negara terus berkembang dengan stabil.

 

Kadar penyertaan tenaga kerja pada Mac kekal pada 69.9% seperti bulan sebelumnya. - DagangNews.com