MIDF Research mulakan liputan terhadap Sarawak Plantation dengan saranan 'beli', TP RM2.70 | DagangNews Skip to main content

MIDF Research mulakan liputan terhadap Sarawak Plantation dengan saranan 'beli', TP RM2.70

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Sept - MIDF Research memulakan liputan terhadap Sarawak Plantation Berhad dengan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) RM2.70.

 

Firma itu berkata, pada pemulaan kumpulan itu ditubuhkan sebagai syarikat kenderaan bagi penswastaan aset Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB). 

 

Katanya, penswastaan aset SLDB yang terdiri daripada ladang kelapa sawit, kemudahan pengilangan dan aset berkaitan terjejas pada 1997 melalui pemindahan aset SLDB kepada kumpulan itu. 

 

Sejak itu, kumpulan itu muncul antara pemain perintis dalam industri kelapa sawit di Sarawak dan terlibat dalam aktiviti penanaman dan pemprosesan kelapa sawit menjadi kelapa sawit mentah, minyak dan isirung kelapa sawit (perniagaan teras), pengeluaran benih, integrasi lembu, penyediaan makmal dan perkhidmatan pengurusan dan pelaburan hartanah.

 

Kumpulan itu mempunyai bank tanah seluas 43,481 hektar dengan 412 hektar adalah di bawah pembangunan kerjasama dengan sebuah badan berkanun kerajaan.

 

"Mereka mengendalikan 20 ladang kelapa sawit dengan keluasan tanaman seluas 35,577 (82%) hektar selain memiliki dua kilang pemprosesan minyak kelapa sawit dengan operasi gabungan kapasiti 120 tan sejam, masing-masing terletak di Niah dan Mukah.

 

"Segmen itu menyumbang 99.9% daripada jumlah hasil kumpulan pada FY21," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, dengan harga minyak sawit mentah (MSM) yang semakin stabil pada 3QCY22, ia mungkin didagangkan antara RM3,000satu tan hingga RM4,500 satu tan dalam CY23-24.

 

"Kami menjangkakan harga purata jualan MSM akan mengimbangi sebarang kejatuhan daripada jualah buah tandan segar (FFB) sekiranya cuaca tidak menentu pada tahun-tahun akan datang.

 

"Bagaimanapun ia berdepan risiko kemerosotan jualan akibat tekanan inflasi, ditambah dengan perbelanjaan isi rumah yang ketat pada kadar faedah asas yang tinggi di peringkat tempatan dan global," katanya. - DagangNews.com