MIDF Research optimis terhadap prospek Hup Seng didorong permintaan stabil daripada pasaran domestik | DagangNews Skip to main content

MIDF Research optimis terhadap prospek Hup Seng didorong permintaan stabil daripada pasaran domestik

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Ogos - MIDF Research kekal optimis terhadap prospek FY24 Hup Seng Industries Bhd disokong permintaan produk yang stabil dan peralihan fokus pengguna Malaysia terhadap produk tempatan.

 

Katanya, selain itu kumpulan itu membayar dividen dengan konsisten selain memiliki kedudukan tunai yang stabil bagi melindungi sebarang potensi penurunan.

 

Firma penyelidikan itu berkata, hasil 1HFY24 meningkat 3.5% kepada RM173.8 juta didorong peningkatan jualan domestik merentasi semua saluran dan jualan eksport yang mantap ke Myanmar, Indonesia dan Singapura.

 

"Margin keuntungan kasar meningkat 31.3% disebabkan jualan yang lebih tinggi, serta kos input yang lebih rendah bagi bahan tertentu.

 

"Bagi 2QFY24, teras untung bersih meningkat 5.4% dari suku tahun ke suku tahun kepada RM9.3 juta walaupun pendapatan bermusim lemah sebanyak RM80.2 juta.

 

"Ia disebabkan oleh pasaran eksport yang lemah dari Thailand dan Arab Saudi, serta Malaysia Timur," katanya dalam satu nota kajian, hari ini

 

ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan Hup Seng bagi 2QFY24 susut 2% kepada RM80.24 juta akibat penurunan jualan

 

MIDF Research berkata, memandangkan hasil 1HFY24 adalah dalam anggaran, mereka tidak membuat perubahan pada ramalan pendapatan untuk FY24-FY26. 

 

"Walaupun pasaran makanan dan iuman (F&B) tempatan secara relatifnya stabil, risiko harga komoditi meningkat kekal tinggi, yang seterusnya akan memacu jualan domestik serta eksport lebih rendah dalam tempoh terdekat 

 

"Kumpulan tu juga berdepan beberapa risio termasuk peningkatan kos bahan mentah, terutamanya minyak sawit mentah (MSM), koko, susu tepung, gandum dan gula," katanya.

 

Firma penyelidikan itu menyemak turun penarafan kumpulan kepada 'neutral' daripada 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.04 sesaham. - DagangNews.com