MIDF Research positif terhadap kerjasama Ranhill, CEIG bagi cadangan projek Djuanda | DagangNews Skip to main content

MIDF Research positif terhadap kerjasama Ranhill, CEIG bagi cadangan projek Djuanda

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Nov - MIDF Research positif terhadap langkah Ranhill Berhad menjadikan China Energy International Group Co Ltd (CEIG) sebagai rakan kongsi bagi cadangan projek Djuanda iaitu program bekalan air minuman dari sumber ke paip pertama di Indonesia.

 

Ranhill mempunyai 74% kepentingan dalam projek Djuanda, manakala ahli konsortium lain ialah PT Varsha (10%), PT PP Persero & PT PP Infrastruktur (15%) manakala Maynilad (0.16%).

 

Firma penyelidikan itu berkata, kajian kebolehlaksanaan projek itu sedang dinilai pengawal selia Indonesia, jika diluluskan mereka akan meneruskan proses tender.

 

Walaupun projek Djuanda kelihatan menarik dengan konsesi 30 tahun dan kadar pulangan dalaman yang dijangkakan rendah hingga pertengahan, 

 

Katanya, perbelanjaan modal besar antara AS$800 juta hingga AS$900 juta dijangka menjadi kekangan pada kunci kira-kira Ranhill.

 

BACA JUGA: Ranhill, China Energy Engineering rancang kerjasama pembangunan kemudahan bekalan air minuman di Indonesia

 

Berbeza dengan model industri air ringan aset Malaysia, MIDF Research berkata, projek Djuanda melibatkan pemilikan aset yang berat.

 

“Kami memahami bahawa Ranhill telah melakukan penerokaan bagi mencairkan kepentingannya dalam projek itu kepada bahagian bersekutu.

 

"Walaupun masih awal untuk membuat kesimpulan, kemungkinan kemasukan CEIG sebagai rakan kongsi ekuiti akhirnya boleh menghapuskan kunci kira-kira tidak terjual ini," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

 

Ranhill juga merancang bekerjasama dengan CEIG, yang merupakan anak syarikat China Energy Engineering Corporation Ltd, bagi projek berpotensi lain di Asia Tenggara, kata MIDF Research.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran tidak berubah (TP) 80 sen sesaham. - DagangNews.com